Header Ads

'Mujur Saya Dapat Menahan Kemarahan' - Datuk Rosyam Nor


Foto - Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor kesal dengan kejadian yang berlaku ketika beliau menjadi moderator di program Dialog TN2050 di Putrajaya, semalam. 

Menurut Rosyam, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan David Teo perlu lebih bijak untuk menyesuaikan diri. 

"Dalam perkara ini kita kena ikut pepatah, apabila masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. InsyaAllah semuanya akan berjalan baik. 


"Selepas kejadian itu, saya menjadi agak bercelaru. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana penggiat seni sudah diberi peluang oleh Perdana Menteri untuk melontarkan pandangan. 

"Memang saya kecewa dan mujur saya dapat menahan kemarahan. Bagaimanapun,, apa yang berlaku itu tidak mewakili semua penggiat seni," katanya memetik laporan dari Harian Metro

Jelas Rosyam yang mengakui ada bercakap dengan Perdana Menteri selepas program itu, Datuk Seri Najib faham dan bersetuju untuk mengadakan sesi yang sama pada masa akan datang.

Sumber: The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.