Header Ads

'Muka Start Breakout Selepas Guna Local Product, Nak Keluar Rumah Pun Malu'


Gambar kanan, walaupun dah guna concealer foundation bedak dan sebagainya, masih tak dapat cover jerawat. Masa ini memang jarang keluar rumah.


Since hari itu ada pergi Watson beli Cetaphil twin pack, cashier itu ada tanya saya "menjadi ke pakai benda ni?". Muka dia agak teruk breakout, lebih kurang sama masa saya breakout dulu. Jadi di sini saya cuma nak kongsikan apa yang saya pakai sehingga muka dah pulih sikit. 

Start breakout teruk selepas habis diploma bulan 10 (sebab pakai local product). Rehatkan sekejap muka dari memakai sebarang produk. Dalam bulan 12, baru mula pakai Cetaphil, kemudian pakai tidact gel tetapi tak berhasil. Kemudian saya tukar kepada Dalacin T dan saya dari Dalacin T inilah penyelamat utama. 

Yang ini boleh beli di farmasi. Paling murah pernah jumpa RM45

Moisturizer pula memang tak tinggal masa ini sebab nak redahkan merah di muka. Saya pakai Magic Jelly. Masa mula-mula breakout teruk memang pakai tiga benda ini. Sebelum cuci muka, pastikan guna make up remover dulu. Tak kisahlah pakai bedak saja ke, foundation ke, memang wajib pakai make up remover. Kemudian barulah cuci muka guna Cetaphil. 


Bab cuci muka ini paling penting sebab kalau muka tak bersih, susah nak terima produk yang kita pakai. Kemudian pakai Dalacin T (area jerawat sahaja). Selepas itu pakai moisturizer sebab adakalanya Dalacin T ini boleh menyebabkan kulit muka kering. Tetapi disebabkan kulit saya jenis kulit berminyak, jadi tak adalah masalah itu.

Selepas jerawat dah surut, barulah saya pakai Mederma untuk parut dan serius memang menjadi! Toner pula saya pakai jenis Aiken Tea Tree, memang favouritelah bau dia. Toney saya pakai selepas cuci muka pada waktu malam dan untuk mask, saya pakai clay mask Aztec Healing Clay Mask. Clay mask ini best, bila pakai muka rasa seperti diurut-urut. Pakai dua tiga kali seminggu dan untuk 15-20 minit sahaja. Jangan pakai tidur malam. 

Normal bila muka kemerahan selepas dicuci. 30 minit kemudian, hilanglah merah itu dan muka rasa bersih sangat. Fungsi clay mask ini kecilkan pori, kecutkan jerawat, bersihkan pori, hilangkan parut, kurangkan minyak dan banyak lagi. Produk-produk lain yang saya pakai, boleh rujuk pada gambar. Semua produk yang saya pakai adalah mampu dibeli dan harganya di bawah RM100. 


Semua produk ini boleh cari di Watson/Guardian kecuali Aiken (di pasar raya inshaAllah ada), Magic Jelly dan Healing Clay Mask itu saya beli online. Clay mask itu saya ade repack kecil-kecil bagi yang takut nak beli besar gedabak gitu terus.

Langkah-langkah penggunaan ketika muka berjerawat: 
  • Cuci muka yang dimakeup dengan makeup remover
  • Cuci muka guna Cetaphil Cleanser (Cetaphil ini pencuci muka). 
  • Dab-dab Dalacin T di kawasan muka yang berjerawat sahaja. Dalacin ini ubat sapu, sejenis cecair untuk disapu, bukan untuk diminum.
  • Akhir sekali saya pakai Magic Jelly untuk lembabkan dan redakan kemerahan di muka.

Langkah-langkah selepas jerawat dah surut:
  • Cuci makeup guna makeup remover
  • Cuci muka guna Cetaphil
  • Sapu toner Aiken Tea Tree, tuang pada kapas dan gosok pada muka sampai muka rasa bersih.
  • Sapu ubat parut Mederma di kawasan muka berparut sahaja. Jangan sapu merata sebab produk ini mahal. Elakkan membazir.
  • Akhir sekali guna Magic Jelly

Langkah-langkah nak keluar jalan/kelas
  • Cuci muka guna Cetaphil, sikit saja sudah mencukupi.
  • Sapu sunblock/sunscreen.
  • Magic Jelly as moisturizer.
  • Bedak foundation
Sumber: The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.