Header Ads

Nur Sajat Dapat Gelaran Dato' Dari Tengku Mahkota Pahang , Netizen Meroyan



KUALA LUMPUR - Nur Sajat yang mempunyai 2 orang anak angkat ini sedang giat mengembangkan perniagaannya dalam bidang produk kosmetik dan kecantikan, ‘Let’s Cantik’ ini telah membuktikan bahawa dia akan terus menempa kejayaan.

Ini kerana baru-baru ini Nur Sajat telah menerima Anugerah Tokoh Tun Puteh Dari Tengku Mahkota Pahang di sebuah hotel di ibu kota

Menerusi gambar yang dimuatnaik di Instagram, Nur Sajat meluahkan rasa bersyukur dengan pengiktirafan ini kerana disebalik kejayaan ini, ibubapanya yang banyak memberi sokongan terhadapnya.

Sebelum ini kecoh di media social tentang jantina Nur Sajat dan beliau juga ada mengeluarkan kenyataan mengenai dirinya.

Mak ayah sajat sentiasa menemani sajat kemana sahaja. Alhamduillah mak ayah sentiasa mendoakan sajat hingga ke hari ini. Biar lah orang di luar berkata apa apa sekali pun pada sajat,cuma yang faham sajat adalah mak dan ayah sajat.

Nur Sajat redha dengan kecaman orang ramai yang masih mempertikaikan mengenai status kelahirannya.

Kerana kelahiran sajat (khunsa) adalah rahsia mereka. Sajat akur bukan senang untuk harungi seorang bernama Nursajat, kerana ujian Nursajat kena kuat walaupun apa pun berlaku. Yang penting mak dan ayah sentiasa bersama dengn sajat dan doa mereka yang sajat perlukan.

Terima kasih mak dan ayah kerana melahirkan sajat. Sajat tak pernah marah apa yang berlaku pada sajat. Segala kecacatan sajat ini. 

Sajat terima dengan redha. Anugerah TUN PUTIH INI BUAT MAK DAN AYAH. Sajat sayang mak dan ayah, biar lah kat luar tu nak kata apa pada sajat, yang penting mak ayah tahu sajat siapa.”




loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.