Header Ads

Pelajar Tingkatan 3 Mangsa Buli Dan Dipaksa Minum Racun Serangga Disahkan Meninggal Dunia



SEREMBAN: Pelajar Tingkatan Tiga yang dipercayai telah dipaksa minum racun serangga minggu lalu dilaporkan telah meninggal dunia 8.30 malam tadi di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), lapor Berita Harian.

Mangsa, S Pravin, 15, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTJ selepas dia telah dipaksa oleh sekumpulan pelajar lain meminum racun berkenaan kerana menegur mereka yang sedang menghidu gam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Petang Rabu lalu, kira-kira jam 5.30 petang, mangsa dikatakan dipaksa minum racun oleh sekumpulan remaja selepas Pravin menegur perbuatan mereka yang masih berseragam sekolah menghidu gam.


Suspek yang tidak berpuas hati telah bertindak memegang tangan serta kakinya di Nilai Lama sebelum memasukkan cecair hijau ke dalam mulut remaja itu sehingga mangsa pengsan.

Setengah jam kemudian, setelah tersedar, remaja itu telah memaklumkan kejadian yang menimpanya itu kepada ibunya yang bekerja di sebuah kedai pakaian.

Mangsa telah mengadu yang dia mengalami sakit tekak serta perut pada keesokan hari sebelum dibawa oleh ibunya ke Klinik Kesihatan Nilai sebelum dirujuk ke HTJ untuk rawatan lanjut. - Siakapkeli



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.