Header Ads

Pemandu Kes Kemalangan Korbankan 8 Penunggang Basikal Di Johor, Rayu Derma Orang Ramai



JOHOR - Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 8 penunggang basikal pada Februari lalu, dilaporkan meminta bantuan orang ramai untuk membiayai yuran guamannya, lapor Free Malaysia Today

Sam Ke Ting, 22, memuat naik status di Facebooknya yang meminta bantuan orang ramai untuk mengumpul wang sebanyak RM60,000 untuk membiayai yuran guaman.
"Semua simpanan keluarga saya habis digunakan untuk membantu saya membiayai kos ini," katanya.

Berdasarkan status terkini Facebooknya, difahamkan Sam telah memperoleh amaun yang diperlukan.
Dalam kejadian 18 Februari lalu, Sam didakwa merempuh sekumpulan 30 hingga 40 penunggang basikal yang meragut 8 nyawa dan mencederakan 8 yang lain. 

Penunggang basikal bersuai 13 hingga 17 tahun itu dipercayai menghalang beberapa laluan jalan raya di Jalan Lingkaran Dalam. 

Sam yang didakwa di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu secara berbahaya dan melulu.

Sumber: The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.