Header Ads

6 Petua Rawat Ulser Mulut Yang Berkesan.. Petua Keenam Tak Ramai Yang Tahu




Bagi guru yang sering mengalami ulser mulut sehingga sukar untuk mengajar di sini kami kongsikan maklumat berkenaan punca dan petua merawatnya.

Ulser di bahagian mulut mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang.

Sesiapa sahaja tidak kira jantina dan umur boleh dijangkiti ulser sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak.

Walaupun ulser boleh diubati dan tidak berlarutan untuk tempoh lama, namun faktor penyebab masih tidak dikenal pasti.

Ada beberapa kajian perubatan menyatakan tekanan atau kecederaan adalah antara sebab berlaku ulser.

Terdapat juga pandangan mengenai beberapa makanan seperti sitrus atau buah-buahan berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk.

Apabila berlaku ulser, seseorang akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak.

Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya.

Amat memedihkan dan adakalanya kesakitan dialami memberi kesan produktiviti seharian.

Perlu minum air mineral sekurang-kurangnya dua liter sehari.

Punca Ulser Mulut

• Infeksi atau bakteria dalam mulut

• Kekurangan air

• Luka tergigit

• Keturunan

• Panas dalam

Mereka yang mengalami ulser mulut akan hilang selera makan.

Tanda-tanda ulser mulut

• Rasa terbakar dalam mulut

• Kesakitan

• Tidak selesa

• Hilang selera makan

• Demam.

Jadi, kami kongsikan beberapa kaedah yang dipercayai berkesan merawat ulser mulut

1. Gunakan bahan kumuran antiseptik

2. Sapu gel atau krim penahan sakit

3. Kekalkan kebersihan mulut yang baik

4. Makan makanan lembut, elakkan panas dan pedas

5. Perbanyakkan minum air mineral

6. Kurangkan makan daging

Sumber: GPSBestari



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.