Header Ads

Polis Siasat Insiden Pukul Kerana Bunyikan Hon Ketika Solat Jumaat di Johor



Johor - Polis sedang menyiasat insiden sekumpulan lelaki yang memukul seorang pemandu lelaki yang didakwa membunyikan hon ketika jemaah sedang solat Jumaat dalam kejadian di sini.

BH Online melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya sudah menerima laporan dari pengadu yang berusia 28 tahun dan bertugas sebagai jurutera.

Difahamkan, jurutera berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Selain itu, polis turut menerima laporan dari pihak Ahli Jawatankuasa Surau Austin Perdana.

Sehubungan itu beliau meminta masyarakat memberi kerjasama kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci kes itu dan meminta semua pihak tidak mengambil tindakan sendiri, selain tidak memperbesarkan isu sehingga boleh menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyerahkan kes ini kepada pihak polis dan berpuas hati dengan tindakan yang diambil, selain berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

"Setakat ini, pengadu memberi jaminan tidak akan melibatkan anasir gengsterisme dalam isu ini dan menafikan sudah menjadikan isu ini viral di FB (Facebook)," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Kata Kamarul lagi, berdasarkan laporan, lelaki itu memaklumkan bahawa ketika dia berada di hadapan surau itu, dia mendapati sebuah kereta menghalang laluannya menyebabkannya membunyikan hon dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu.

Katanya, seorang lelaki keluar dari surau itu dan mengalihkan kenderaan dan pengadu membunyikan hon semula sebelum tiba-tiba sekumpulan lelaki datang dan terus memukulnya dengan tangan dan topi keledar sehingga menyebabkan keretanya turut mengalami kerosakan.

Sebelum ini, video kejadian yang memaparkan orang ramai mengerumun kereta terbabit menjadi viral di media sosial.

Sumber: Siakapkeli


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.