Header Ads

Pukul Pemandu Kereta Camry: 4 Lelaki Ditahan Kerana Mengamuk Untuk Bantu Siasatan




JOHOR BAHRU 6 Mei - Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pukul seorang lelaki di depan sebuah surau di Taman Austin Perdana, di sini selepas solat Jumaat semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua lelaki berusia antara 21 hingga 55 tahun itu ditahan di depan surau berkenaan pukul 1 pagi tadi.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Kejadian sekumpulan jemaah masjid yang dilihat memukul seorang lelaki selepas solat Jumaat, semalam dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila pemandu itu membunyikan hon semasa jemaah sedang solat.

Kejadian itu turut menjadi tular dalam laman sosial. - UTUSAN ONLINE



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.