Header Ads

Saya Nampak Dia Dengan Lelaki Lain, Suami Tikam Isteri Hingga Mati




Miri: Lelaki warga Indonesia ditahan polis, hari ini kerana menikam isterinya sehingga mati selepas menemui isterinya bersama lelaki lain di kuarters ladang kelapa sawit di Kuala Baram.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan polis kira-kira 8 pagi tadi di kawasan ladang berkenaan selepas polis menerima maklumat daripada pekerja ladang mengenai kejadian itu.

Pekerja ladang menemui mayat mangsa berlumuran darah, kira-kira 6 pagi tadi, sebelum menghubungi polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan mangsa berusia 24 tahun yang juga warga Indonesia ditikam di dada menggunakan senjata tajam yang dipanggil ‘bidik’.

Polis masih menyiasat waktu wanita itu ditikam namun siasatan awal mendapati suspek bertengkar dengan isterinya kerana cemburu selepas mangsa ditemui bersama seorang lelaki lain sebelum itu.

Pertengkaran menyebabkan suspek hilang pertimbangan lalu menikam isterinya dua kali di bahagian dada sebelum melarikan diri.

Mayat mangsa di bawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.