Header Ads

Sila Ambil Tahu! Bolehkah Kita Minum Terus Air Dari Paip? Ini Jawaban Dari SYABAS...



Berjalan di mana-mana sekarang ini pasti ada penjual penapis air menegur untuk cuba menjual produk mereka.

Semakin lama semakin banyak pula pakej penapis air ditawarkan dari jenama-jenama yang dikatakan pakar dalam bidang penapisan air. Ramai juga pelanggan mereka nampaknya kerana semakin ramai ejen yang menjual produk tersebut.

Walaupun begitu, pernahkah kita terfikir apa keperluan penapis air itu di rumah kita? Berikut adalah beberapa jawapan yang telah dikongsikan oleh pihak Syabas yang telah saya ekstrak dan ringkaskan untuk menjelaskan kepada masyarakat adakah benar keperluan penapis air itu di rumah kita? Adakah itu semua hanya strategi pemasaran? Apa penjelasan sebenar? 

Banyak persoalan kan? Jom kita baca.

1. Apa standard kualiti air negara kita?
Kita melaksanakan standard National Standard for Drinking Water Quality (Versi kedua Januari 2004) yang diadaptasi dari standard WHO untuk taraf kualiti air minuman.

2. Adakah air dengan klorin selamat di minum?
Ya. Klorin digunakan untuk membasmi kuman di dalam air. Amaun yang digunakan adalah selamat untuk kegunaan kita dan sekadar untuk membunuh kuman dalam air.

3. Adakah air dengan florida selamat di minum?
Ya. Tidak ada kajian setakat ini yang membuktikan kehadiran florida dalam air mampu menyebabkan kanser, kerosakan buah pinggang atau penyakit tulang. Sebaliknya, dalam dos yang betul, florida mampu mencegah penyakit kaviti gigi.

4. Kenapa air rumah saya kuning/coklat?
Itu adalah lebihan aluminium, besi dan manganese yang akan dialirkan di dalam air jika berlaku kerja baik pulih perpaipan. Ia juga mungkin menunjukkan sistem perpaipan di rumah/bangunan anda sudah perlu diganti.

5. Adakah air di rumah kita selamat diminum terus dari paip?
Jawapannya, YA. Walaupun begitu, jika terdapat kesan seperti yang dinyatakan dalam soalan no.4, lebih baik pemeriksaan dilakukan.

6. Siapa yang bertanggungjawab dengan sistem perpaipan di dalam rumah dan tangki simpan air jika berlaku kekotoran bekalan air?
Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memastikan penyelenggaraan perpaipan dalam premis rumah mereka. Dapatkan senarai tukang paip yang berdaftar dari laman web SPAN untuk maklumat lanjut.

7.Berapa lama tempoh jangka hayat sistem perpaipan rumah kita?
Bergantung kepada materialnya. Jika sistem menggunakan besi, 5-10 tahun. Untuk sistem yang menggunakan high density polythylene (HDPE) atau dalam bahasa mudahnya plastik, 15-20 tahun.

8. Adakah baik untuk menggunakan penapis air di rumah?
Sebenarnya, pihak SYABAS TIDAK MENGGALAKKAN kita memasang penapis air pada kedudukan selepas meter air. Apabila penggunakan penapis air sebegitu digunakan, ini akan mengurangkan kewujudan Free Residual Chlorine (FRC) yang tugasnya adalah menghalang pembentukan bakteria dalam tangki air di mana airnya tidak bergerak. Ini akan menyebabkan kegatalan kulit.

9. Tidak perlu penapis air langsung?
Pihak SYABAS mencadangkan jika pengguna merasa ada keperluan penapis air, gunakan penapis air yang berdekatan dengan kawasan sinki.

10. Apa jaminan pihak pengendali bekalan air dalam penggunaan penapis air?
Tidak ada jaminan kerana penapis air termasuk dalam kawalan pihak pengeluar produk yang termasuk dalam bidang kuasa KPDNKK. Ini juga termasuklah kualiti air yang dibekalkan oleh mesin layan diri 20 sen yang menggunakan sistem dispenser untuk bekalan air. Pihak pengguna perlu mengawasi kualiti air yang dibeli dari mesin seumpama itu.

Jelas dah garis panduan sebenar penggunaan penapis air di negara kita? Harapan saya agar panduan ringkas ini dapat membantu serba sedikit menjawab beberapa persoalan yang bermain di minda anda semua, apatah lagi apabila kita selalu risau melihat air yang sampai ke rumah kita.

Jadilah pengguna yang bijak dalam membeli.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.