Header Ads

SUBHANALLAH..Kubur Adik Thaqif Digali Semula: "Tubuhnya Seperti Baru Dikebumi Semalam, Tidak Hancur Atau Berbau," Cerita Bapa Saudara



Semalam kami ada melaporkan yang kubur jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 10, yang meninggal dunia 26 April telah digali semula untuk pihak hospital mengambil sampel dari kaki Allahyarham yang dipotong sebelum ini dan disemadikan bersebelahan dengan jenazah.

Ketika kubur digali untuk diambil sampel oleh pihak hospital, proses itu hanya disaksikan beberapa pihak termasuk dari Mahkamah, Jabatan Agama Islam dan beberapa orang ahli keluarga terdekat.

Memetik tulisan dari Mingguan wanita yang telah menemubual bapa saudara arwah, Mas Arip, dia bersama bapa mentuanya, Ahmad bin Motai telah menjadi saksi mewakili pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.

Namun apa yang mengejutkan, dengan kuasa Maha Pencipta, jenazah adik Thaqif yang merupakan tahfiz muda dari Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini semasa kubur digali sungguh mengejutkan, keadaannya seperti baru dikebumikan.

Jenazahnya dikatakan tidak mereput, tidak berbau busuk bahkan seperti dikebumikan semalam.

"Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sample dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana Allah menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.

"Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. Masya-Allah. Allah maha berkuasa,"kongsinya lagi.


Kisah adik Thaqif sebelum ini telah menjadi tular di media sosial selepas ada dakwaan yang menyatakan dia telah menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz berkenaan.

Namun sehingga kini tiada bukti kukuh bagi kes berkenaan dan pembantu warden berkenaan kini telah dibebaskan tanpa dilepaskan kerana kekurangan bukti. 

Sumber: Siakapkeli



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.