Header Ads

Takziah..Pelumba CP150 Norizman Ismail Maut Ketika Sesi Ujian Masa




KUALA LUMPUR: Penunggang Cub Prix, Norizman Ismail maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika sesi ujian masa di Bandar Baru Kijal, Kemaman.

Norizman, 32, yang menunggang untuk pasukan OneXoX TKKR Racing disahkan meninggal dunia di hospital.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Malaysian Cub Prix, Norizman terjatuh ketika berada di selekoh satu dan diberikan rawatan segera.

“Jam 3.55 petang Norizman dibawa menaiki ambulan ke unit trauma untuk menerima rawatan segera sebelum dibawa ke hospital dengan mesin sokongan hayat (life support machine) dan pasukan perubatan penuh. Jarak hospital kurang 10 minit dari lokasi perlumbaan.

“Pihak hospital melakukan usaha terbaik namun Norizman disahkan meninggal dunia pada jam 4.50 petang, hari Jumaat, 5 Mei 2017,” kata kenyataan itu.

Norizman memulakan karier di Cub Prix pada tahun 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2011.

Cub Prix memutuskan untuk membatalkan perlumbaan sebagai tanda hormat kepada Norizman.

Sumber: Astro Awani



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.