Header Ads

Terengganu Akan Laksanakan Hudud Seperti Acheh



Acheh – Negeri Terengganu akan menjadikan Acheh, Indonesia sebagai model dalam pelaksanaan hukum hudud.

Exco Telekomunikasi, Multimedia, dan Tugas-Tugas Khas Negeri Terengganu, Ghazali Taib berkata Undang-Undang Islam dan Syariah telahpun diluluskan ketika Sidang Dewan 2001.

Bagaimanapun, Undang-Undang Islam dan Syariah 2001 masih tidak dapat dilaksanakan berikutan masih menunggu undang-undang itu diluluskan di Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kerajaan Acheh yang berlangsung di Pejabat Gabenor Acheh.

Kerajaan Negeri Terengganu tetap akan memperjuangkan perlaksaan Undang-Undang Syariah 2001 di negeri itu.

Terengganu juga tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan undang-undang islam itu kerana disambut baik rakyatnya.

Jelas Ghazali lagi, mengambil kira pelaksanaan hukum Hudud di wilayah itu telah memberi impak positif terhadap pembangunan insan rakyatnya, Kerajaan Negeri akan menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Acheh ke arah usaha pelaksaan Undang-Undang Islam di Negeri Terengganu, Darul Iman. -Buletin TV3



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.