Header Ads

Ulser Mulut? Ni 5 Cara Nak Elak Daripada Ia Berlarutan




Kita kalau ada ulser dekat dalam mulut mesti rasa macam nak nangis kan? Lagi-lagi bila tak dapat nak makan makanan favourite kita sebab pedih. Ulser ni boleh kena pada bahagian lidah, bibir atau pun sekitar tekak. Sakitnya! 

Nak tunggu ulser ni elok mahu makan masa satu ke dua minggu, lama tu nak tahan sakit. Sini ada beberapa kaedah macam mana nak cegah ulser tersebut dari berlarutan.

1. Air garam
Air garam dapat mengurangkan kesakitan dan mematikan kuman yang mengakibatkan ulser tersebut, kita hanya perlu berkumur air garam dua atau tiga kali sehari.

2. Air kelapa
Kenaikan suhu badan juga adalah salah satu penyebab berlakunya ulser. So, kita digalakkan minum air yang mencukupi atau mengamalkan air kelapa untuk mengimbangi suhu badan kita.

3. Marjerin
Marjerin juga berupaya menyembuhkan ulser mulut. Cuma letakkan marjerin pada sekitar kawasan yang terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh.

4. Madu
Agen pembunuh yang terkandung dalam madu boleh menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Ia mampu merawat ulser dengan berkesan.

5. Soda penaik
Perlu campurkan soda penaik ini dengan air suam sikit, dan letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.

Harap kaedah ini sedikit sebanyak dapat membantu kita mencegah ulser mulut ini dari berlarutan. Selamat beramal okay!


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.