Header Ads

Video: David Teo Ditampar Oleh Pelakon Vateran Mat Over Depan PM Najib Razak



Hangat diperkatakan di laman sosial ketika ini mengenai David Teo yang ditampar oleh pelakon Sulaiman Yassin atau pun lebih dikenali sebagai Mat Over ketika sesi bersama selebriti dalam majlis Transformasi Nasional.

Lebih meggamatkan suasana, tindakan pelakon veteran tersebut dilakukan di hadapan perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekaligus menimbulkan suasana riuh rendah seketika.

Sementara itu menurut laporan Malay Mail Online, kejadian tersebut bermula apabila David Teo bertindak merampas pembesar suara daripada Rosyam Nor. Tindakan David Teo itu adalah untuk menyuarakan pendapatnya supaya selebriti yang berada di barisan belakang turut diberi peluang untuk bercakap.

David dan juga Mat Over kemudiannya dibawa keluar oleh pengawal keselamatan setelah keadaan menjadi semakin tegang. Kami kongsikan bersama anda video pendek yang sempat dirakam di tempat kejadian.


Sumber: ROTIKAYA


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.