Header Ads

(Video) "Tak Sengaja Terakam Kain Putih Kat Belakang" - Wanita Kongsi Detik Seram Ketika Bergurau Dengan Rakan




Seorang pengguna Facebook Shakyra ARabian berkongsi detik seram apabila dia secara tidak sengaja merakam satu objek putih ketika sedang menaiki kereta bersama rakan-rakannya.

Menurut Shakyra, pada awalnya dia cuma bergurau menakut-nakutkan rakannya di kawasan tempat duduk belakang sehingga rakannya itu melompat kehadapan.

Namun, ketika merakam kejadian mencuit hati itu, dia terakam satu objek berkain putih dibahagian tempat duduk belakang.

"Kejadian sebentar tadi, dimana saya telah bergurau dengan rakan saya dengan menakut-nakutkan mereka dan dengan tidak sengaja terakam kain putih di seat belakang, dimana kami langsung tidak bawa kain putih apapun masuk dalam kereta. Sumpah takut giler ya ampun akibat mengenakan orang last2 real.


Di bahagian komen, Shakyra berkata di dalam kereta tersebut hanya mereka bertiga sahaja dan menegaskan mereka tidak membawa sebarang kain putih masuk ke dalam kereta.

"Yup wey, aq n kwn aq xd bwk kain putih ape pun msuk kreta." tulis Shakyra.

Selain itu Shakyra turut berkata kain putih berkenaan sudah tidak kelihatan selepas video terbabit dirakam.

Posting dari Shakyra itu telah dikongsi lebih 6676 kali.

Sumber: Siakapkeli


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.