Header Ads

Viral Gadis Comel Jadi Tukang Cuci Pinggan Menarik Perhatian Ramai



Gambar seorang gadis comel yang bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran di Vietnam menjadi bualan hangat di media sosial.

Dengan wajah yang comel dan perwatakkan menarik, mudah menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Gadis cantik yang dimaksudkan ini bernama Nguyen Thi Hai Yen , berumur 24 tahun dan berasal dari Ho Chi Minh, Vietnam.

Menurut sumber, gambar-gambar gadis tersebut mencuci pinggan dirakamkan oleh ibunya sendiri dan dikongsikan ke Facebook.

Mungkin hanya untuk tatapan keluarga dan sahabat, tetapi sekarang zaman serba moden, apa sahaja dilihat menarik pastinya akan menular dan menjadi sensasi.

Siapa sahaja akan tertarik dengan wajah Nguyen Thi Hai Yen, sungguh comel dengan sepasang mata yang besar dan cantik.

Menurut sebuah portal Korea, gadis tersebut sering membantu mencuci pinggan di restoran milik keluarganya sejak berusia 14 tahun lagi.

Dikhabarkan, gadis tersebut kerap membantu mencuci pinggan di restoran milik keluarganya sejak berusia 14 tahun lagi. Pastinya menjadi kebanggaan ibu dan bapanya suatu hari nanti.

Gadis cantik ini juga bukanlah calang-calang orang. Dia kini sedang melanjutkan pengajian di Ho Chi Minh City University of Technology dan bercita-cita untuk menjadi pembangun aplikasi demi membantu keluarganya. Dia bukan saja cantik, malah juga seorang yang bijak. Lihat foto-foto Nguyen Thi Hai Yen yang menjadi sensasi berikut ini.





Sangat cantik dan comel kan? Sudahlah cantik, bijak pula. Sangat baik didikan yang diberikan oleh ibu bapanya, kerana dari kecil dibiarkan hidup susah, tidak dimanja oleh kedua ibu bapa. Ini adalah salah satu pengajaran yang baik untuk ibu bapa diluar sana.

Sumber: Brilio.com


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.