Header Ads

Viral Rakaman Video: Anggota Polis Ambil Rasuah Dari Warga Asing??




RAKAMAN video seorang anggota polis peronda bermotorsikal bersama dengan seorang lagi rakan setugasnya dikatakan mengambil rasuah dari seorang warga asing tersebar di media sosial.

Video berdurasi 1 minit 27 saat itu dipercayai dirakam secara sembunyi oleh individu yang tidak mahu dirinya dikenali. 

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Dalam video tersebut, kelihatan dua orang anggota polis bermotosikal bertemu dengan seorang lelaki warga asing yang dikatakan dari Pakistan.

Salah seorang anggota polis dilihat mengambil dompet dalam sebuah bungkusan plastik berwarna putih daripada warga asing tersebut sebelum berpura-pura seperti menulis sesuatu selepas memasukkan duit ke dalam peti kecil di belakang motosikalnya.

Warga asing itu kemudian dilihat tersenyum selepas mendapatkan kembali dompetnya. Dia pun terus menunggang motosikalnya dan beredar dari situ sambil berpura-pura seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Semasa artikel ini ditulis, video yang tersebar itu sudah ditonton lebih 45,000 kali. Di bawah ini video yang dimaksudkan sila klik button 'play' untuk menonton.


Sumber: Milo Suam


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.