Header Ads

Wanita Ini Pasang CCTV Di Rumah Untuk Awasi Kegiatan Kucingnya. Apa Yang Dirakamkan MENGEJUTKAN !!!



Pernah terfikir apa agaknya yang dilakukan kucing peliharaan anda di rumah apabila ditinggalkan sendirian?

Adakah kucing peliharaan anda akan duduk di belebas tingkap memerhatikan burung-burung di luar terbang berkicauan?

Adakah kucing peliharaan anda hanya akan tidur di sofa sambil menunggu kepulangan anda?


Semua tanggapan ini mungkin tidak tepat. Mungkin kegiatan harian mereka tidak sebosan seperti yang kita fikirkan. Netizen yang memuat naikkan imej unik ini mula memasang kamera di rumahnya untuk melihat aktiviti seharian kucingnya di rumah. Tidak pernah dia jangkakan akan melihat bakat menari kucingnya yang terpendam selama ini.

Bersenam sebelum melakukan tarian.


Posisi tarian balet


Di bawah sinaran matahari, kucing ini kelihatan lebih comel.


Seperti Michael Jackson.


Penjaga kucing ini sangat gembira apabila dia melihat gelagat haiwan kesayangannya ini. Dia tidak pernah menyangka bahawa kucingnya tidak berasa bosan walaupun ditinggalkan sendirian di rumah. Malah, kehidupan sihat yang dijalani kucingnya adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kehidupannya sendiri.

Sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan sendiri dan ingin mengetahui kegiatan harian mereka, anda juga boleh memasang kamera di rumah anda. Siapa tahu apa yang bakal anda temui kelak mungkin sesuatu yang sangat berharga!

Sumber : Era Baru



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.