Header Ads

Wanita Terkejut Kurma Yusuf Taiyoob Ada Bubuk, Telur Lipas




Sebelum ini kecoh di media sosial tentang pendedahan seorang wanita perihal kebersihan kurma.

Beliau berpesan supaya kurma yang dibeli dibasuh seketika dan ditos sebelum dimakan kerana selepas dipetik ia bukan terus dimasuk dalam kotak sebaliknya dicampakkan ke tanah yang kebersihannya diragui.

Hari ini seorang lagi wanita mendedahkan satu lagi kes tentang kebersihan kurma yang kita makan.

Melalui perkongsiannya di Facebook Siti Norbaya Binti Sabaran menyarankan sebelum memakan kurma sebaiknya ia di belah untuk melihat isinya.

Ia sebenarnya untuk mengelak termakan apa yang didakwa sebagai anak lipas di mana menurutnya biasa terdapat dalam kurma.

Mungkin juga serangga lain bukan lipas tapi bila melihat gambar ini admin rasa ada baiknya kita kupas dulu kurma sebelum makan.





Mungkin tidak semua kurma yang dibeli keadaannya seperti ini tapi seeloknya kita berhati-hati. Tak susah pun untuk belah kurma tu.

Sumber: Siti Norbaya Binti Sabaran



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.