Header Ads

'1,000 Likes Atau Budak ni Jatuh': 'Lelaki Gantung Bayi di Tingkap dari Tingkat 15 Supaya Dia Dapat 1,000 'Likes' di Facebook




Seorang lelaki sanggup menggantung seorang bayi di tingkap dari tingkat 15 sebuah rumah apartmen supaya dia dapat 1,000 'likes' di Facebook.

Lelaki warga Algeria itu memuat naik foto dia memegang bayi tersebut di bahagian baju dengan berkata: '1,000 likes atau saya jatuhkan dia.'

Selepas orang ramai yang melihat posting itu membuat laporan kepada polis, dia dipenjarakan dua tahun.

Menurut Al-Arabiya, aktivis Dalila Belkheir menyifatkan lelaki itu sebagai 'seorang pengganas'.

Lelaki itu, yang juga saudara kepada bayi terbabit, mengaku tidak bersalah meletakkan nyawa bayi itu dalam bahaya.

Lelaki itu juga mendakwa foto itu telah dimanipulasi dan balkoni dalam foto itu sebenarnya mempunyai pagar.

Bapa kepada bayi terbabit meminta mahkamah supaya memaafkan lelaki terbabit dengan berkata dia cuma bermain-main.

Bagaimanapun, hakim tidak menerima permintaan itu sambil berkata foto itu dengan jelas menunjukkan bayi itu dalam bahaya.

Sumber: Siakapkeli


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.