Header Ads

(6 Gambar) Kambing Kacukan Manusia.. Lahirkan Anak Separuh Kambing Separuh Manusia.




Afrika Selatan - Seekor anak kambing yang dikatakan lahir akibat daripada kacukan manusia dengan kambing telah mengundang rasa takut oleh penduduk di sebuah perkampungan di sini.

Anak kambing tersebut yang kelihatan seperti separuh kambing dan separuh manusia tersebut telah mencetuskan ketakutan bagi penduduk di Lady Free kerana mereka percaya bahawa ia di hantar oleh syaitan.

Seramai 4,000 penduduk di situ yakin bahawa kelahiran tersebut berlaku adalah disebabkan oleh bantuan oleh ahli sihir.

Ketakutan berhubung perkara tersebut menyebabkan berita tersebut tersebar secara meluas dengan pantas sehinggakan Jabatan Veterinar terpaksa menghantar pakar mereka untuk melakukan beberapa ujian ke atas anak kambing tersebut bagi mengetahui kesahihan khabar angin tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr Lubabalo Mrwebi, jika sekilas pandang memang anak kambing tersebut yang dilahirkan mati itu kelihatan seperti separuh manusia, namun jika di lihat betul-betul ianya bukanlah bahagian badan manusia.

"Walaubagaimanapun kami boleh mengesahkan bahawa gambar yang di ambil tersebut merupakan gambar seekor anak kambing yang dilahirkan di Free Lady pada minggu ini dan ianya bukanlah palsu,"katanya.

Air mani manusia boleh meyebabkan pembentukan seumpama itu hanyalah sekadar mitos sahaja yang menjadi kepercayaan penduduk setempat.

Kejadian anak kambing ini berlaku disebabkan ketika anak kambing terbabit berada dalam kandungan, ibunya dikatakan telah dijangkiti demam Rift Valley yang di bawa oleh nyamuk sehingga mendatangkan kesan ke atas anak kambing.

Namun begitu salah seorang penduduk kampung berkata bahawa dia telah dimaklumkan oleh orang tua-tua bahawa kambiing tersebut merupakan hasil persetubuhan manusia dengan kambing dan mereka tidak akan berpuas hati selagi kambing tersebut tidak di bakar.

Berhubung kejadian tersebut Jabatan Veterinar kini sedang menjalankan siasatan dan hasil bedah siasat akan dimaklumkan kepada penduduk.







loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.