Header Ads

Akibat Tertekan Isteri Tikam Punggung Suami Guna Gunting.




Medan: Seorang isteri telah menikam punggung suaminya sendiri akibat daripada tertekan dengan sikap suaminya itu yang kuat berjudi.

Mangsa yang di kenali sebagai Safi’i 37 tahun dikatakan telah di tikam oleh isterinya sendiri Nabila 28 tahun dengan menggunakan gunting di bahagian punggung sebanyak dua kali dipercayai berpunca daripada sikap suaminya yang kuat berjudi terbabit.

Sebelum kejadian tersebut pasangan suami isteri terbabit sempat bergaduh mulut kerana isteri mangsa dikatakan tertekan dengan sikap suaminya yang sanggup mencuri duit simpanan yang dikumpul bagi menyambut hari raya di kampungnya yang bakal tiba tidak kurang dari seminggu sahaja lagi.

Mangsa dikatakan telah menggunakan duit tersebut untuk bermain judi dan malang baginya duit tersebut telah habis akibat kalah ketika bermain judi.

Isteri mangsa yang mengetahui bahawa suaminya itu telah menghabiskan semua duit simpanan untuk
di jadikan modal berjudi tidak dapat menahan perasaan marahnya itu lalu bertindak menikam punggung suaminya itu dengan menggunakan gunting sebanyak dua kali.

Pihak Polis Batuampar, Iptu memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian terbabit serta mengesahkan kejadian tersebut berlaku adalah ketika mangsa hendak keluar rumah.

Mangsa dikatakan telah menjerit akibat kesakitan ditikam telah menarik perhatian jiran tetangga yang kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Melihatkan keadaan mangsa yang berlumuran darah, mereka bertindak membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Bagaimanapun isteri mangsa telah mengakui kesalahannya ketika di tahan dan mengatakan bahawa dia telah banyak kali menasihatkan suaminya itu agar tidak bermain judi.

Namun begitu pihak polis terpaksa menahan isteri mangsa bagi proses siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.