Header Ads

Amalan Picit Puting Bayi Untuk Keluarkan Cecair Putih Macam Susu..Bahaya! Jangat Buat!



PICIT PUTING? APA KEJADAH NYA.

Mengucap panjang Doktor ni melihat habis merah bengkak kedua-dua puting breast baby. Lagi meruntun hati ini mendengar raungan baby yang kesakitan.

Kembang kecut hidung Doktor ni menahan rasa, wajah mamanya Doktor tenung tajam. Apa ni mama.

Saya tak tahu Doktor, orang suruh picit, saya pun buatlah.

Mak saya yang suruh picit, saya ikut sahaja.

Mak bidan yang picit, dia kata kena buang punatnya ni.


Astaghfirullah. Mama, Rasulullah kan ajar, kalau mama tak tahu, pergi belajar, belajar dari orang yang tahu, orang yang ada ilmu ini. Bukannya tanya pada semua orang. Orang itu orang ini, orang yang mama tanyakan itu struktur dan anatomi breast pun tak pernah tahu. Kenapa pula nak dipicit-picit puting baby ni.

Biasa sungguh ya tuan puan Doktor menerima baby sebegini. Entah apa resam masyarakat kita ni sampai memudaratkan baby. Akibat luka dipicit itu breast baby membengkak dan dijangkiti kuman. Sakitnya, Tuhan sahaja lah yang tahu. Sampai hati mama.


Inilah harga kejahilan yang perlu mama papa bayar. Apabila Doktor minta mama papa attend antenatal class , mama papa kata mahal, tak berbaloi. Andai tidak memudaratkan, terpulang saja, tetapi apabila baby yang lemah tidak berdaya menjadi mangsa, fikir-fikirkanlah dengan serius, mama papa.

Mama papa sepatutnya menjadi pelindung baby dari kemudaratan, namun apabila mama papa pula yang menyakitkan baby, sangatlah berbau dosa di sini.

Ini Doktor beri antibiotik ya mama untuk kurangkan jangkitan kuman, nanti mama beri baby minum ya.

Doktor, saya tak nak ubat makan, mak saya kata antibiotic bahaya. Doktor bagi ubat sapu saja lah ya.

Arggg! Nurse, telefon teledera sekarang!


GENTLE REMINDER

It is our policy not to publish the real images of our real patients. We strictly protect our patients confidentiality. The images are taken from google just to show how mastitis(breast infection) look like. It begin with white baby in the 1st picture to obviously strengthened it is not the real baby were seeing. Mastitis can be caused by many reasons like neonatal mastitis. Also can be caused by trauma (eg picit).What we want to EDUCATE the readers here is the belief that may harm the baby, not the pictures. Also to enhance the importance of knowledge to raise a baby. Sorry for the inconvenience.

Oleh: Dr Karimah binti Ngah

Sumber: Pen Merah Press



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.