Header Ads

Anak Kesayangan Ayah Telah Pergi Tinggalkan Kita, Allah Sayangkan Syahid - Bazli UNIC




Ketua kumpulan nasyid terkenal tanah air UNIC, Bazli sebentar tadi telah memaklumkan bahawa anaknya Muhammad Syahid, 3, yang menderita akibat kanser Limfoma telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Berita sedih pemergian anak sulungnya ini telah disampaikan oleh beliau melalui laman Instagramnya dengan kepsyen berbunyi “Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan Syahid.. Anakku...,”

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Bazli sebelum ini telah menarik perhatian ramai ketika final Gema Gegar Gavanza apabila beliau meraikan kemenangannya dalam rancangan berkenaan dengan melaungkan nama anak kesayangannya itu.


Ini adalah status terbaru yang dimuatnaik oleh Bazli di laman Instagramnya menunjukkan Syahid satu ketika dulu dengan kespyen berbunyi "Syahid.. Ayah akan rindu nk baca quran dgn syahid lgi naaak."

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Kisah penderitaan Muhammad Syahid bermula selepas dia mengalami bengkak kecil di bahagian leher pada Disember tahun lalu di mana dia mendapatkan rawatan awal di sebuah hospital di Alor Star, Bazli kemudiannya kembali ke Kuala Lumpur dan mendapatkan rawatan di pusat perubatan di Damansara dan Hospital Sungai Buloh.

Ketika di Hospital Sungai Buloh, muncul satu lagi bengkak di bahagian bawah ketiak anaknya menyebabkan kes itu dirujuk ke HKL di mana doktor di HKL mengesahkan anaknya telah menghidap kanser.

Bersama kira sedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Syahid, pemergiannya pada usia begini satu syafaat besar kepada ibu bapanya di akhirat nanti, berbahagialah Syahid di sana.

Sumber: Siakapkeli


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.