Header Ads

Briyani Viral Sebungkus Boleh Makan Satu Keluarga



Seorang pemuda berkongsi tip apabila seorang daripada rakannya meminta nasihat bagaimana ingin menarik pelanggan ke gerai dengan cara yang betul. Pemuda itu kemudianya membalas dengan berkata ‘Jangan berputus asa’. 


Pemuda tersebut, Sahdam Hussin menyatakan bahawa Allah itu Maha Pemurah buat hamba-hambanya yang berusaha dan tidak pernah kenal erti putus asa. Ayahnya yang merupakan seorang peniaga makanan sudah berniaga selama 10 tahun dan tidak pernah putus asa untuk sampai ke tahap itu. Pemuda tersebut menjelaskan bahawa gerai ayahnya memang ramai pelanggan, belum sampai lagi pelanggan sudah mula beratur dan sanggup untuk beratur walaupun panjang.

Menurut Sahdam lagi, ayahnya sering berpesan supaya jangan berputus asa kalau berminat untuk berniaga.

Tahun pertama mereka berniaga, ayahnya ‘menjerit’ untuk menarik pelanggan sampai hilang suara. Akhirnya setelah bertahun-tahun, pelanggan mulai mengenali keluarga mereka dan mula beratur sendiri tanpa perlu ‘menjerit’ lagi.


Selain daripada itu, ayahnya juga berpesan supaya jangan kedekut dalam berniaga. Berilah lebih kepada pelanggan dengan niat bersedekah. Apabila ayahnya hendak membeli peralatan berniaga seperti bekas makanan, beliau akan memilih bekas yang paling besar buat pelanggannnya. Kerana itulah sebungkus nasi briyani ayahnya sudah cukup untuk berkongsi satu keluarga makan! Ini yang menjadikan gerai mereka terkenal dalam kalangan pelanggan.

Di akhir perkongsian, Sahdam menasihat individu yang ingin menjadi peniaga supaya memiliki semangat berniaga yang tinggi, jangan pernah berkira lebih-lebih lagi soal makanan. Apabila diberikan rezeki yang melimpah ruah, elakkan menjadi riak. Peniaga juga tidak boleh membuat pelanggan mereka sedih dengan menjual makanan yang basi, terlalu sedikit atau sebagainya. Walau bagaimanapun point penting yang beliau tekankan untuk menjadi peniaga yang berjaya adalah jangan pernah berputus asa!

Berikut kami kongsikan video perniagaan Nasi Beriani ayahnya bertempat di Bazaar Ramadhan Batu Caves.



Sumber: Kisah Dunia



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.