Header Ads

Budak Tiga Tahun Diberi Dadah Oleh Teman Lelaki IBU Kandungnya..



SEORANG nenek dari Havard Estate Bahagian 2, Gurun, terkejut apabila melihat tujuh video memaparkan cucu lelakinya berusia tiga tahun dipercayai diberi dadah oleh teman lelaki bekas menantunya, kelmarin.

Wanita berusia 53 tahun itu (pengadu) melihat rakaman video itu jam 3 petang, kelmarin, selepas ditunjukkan oleh seorang lagi cucunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, video berkenaan antaranya memaparkan cucu pengadu diberikan dadah oleh suspek dan dalam keadaan tidak berbaju, khayal serta tidak bermaya.

Katanya, polis melakukan siasatan kes itu mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001, susulan laporan dibuat wanita itu petang semalam.

"Kanak-kanak itu tinggal bersama ibu kandungnya dan teman lelaki ibunya. Pengadu bimbang mengenai keselamatan cucunya selepas melihat video berkenaan tular di Facebook.

"Anak pengadu bercerai dengan ibu mangsa pada 2016 selepas menantunya ditangkap bersama suspek.

"Ibu mangsa pernah bercinta dengan suspek sebelum berkahwin dengan anak pengadu," katanya.

Mior Faridalathrash berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci kesahihan video berkenaan, selain pengadu sendiri tidak pasti kejadian itu benar berlaku atau sebaliknya.

"Pengadu juga ingin menuntut kembali hak penjagaan ke atas cucunya kerana merasai cucunya diabaikan.

"Polis sudah mengenal pasti suspek dan tindakan mengesan dan menangkap suspek serta menyelamatkan mangsa sedang dijalankan," katanya.

Sumber: Harian Metro



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.