Header Ads

Dah Meninggal, Apsal Tak Inform Awal? - Kepala Bana Punya Customer, Kata Netizen




PUTRAJAYA - Viral di media sosial, screenshot WhatsApp seorang lelaki yang juga pelanggan bagaikan tidak percaya yang peniaga online yang berurusan dengannya telah meninggal dunia dan menyangka lelaki itu cuba menipunya. 

Tidak dinyatakan bila pelanggan itu mula berurusan dengan peniaga terbabit, namun difahamkan barang yang dipesannya sudah lama tetapi masih belum mendapat barangan tersebut sehinggalah dia dimaklumkan oleh isteri peniaga terbabit bahawa suaminya telah meninggal dunia. 

"Maaf, saya isteri arwah. Faris telah kembali ke rahmatullah pada 15 Jun 2017. Saya akan refund duit tuan. Bagi nombor akaun dan detail tuan," mesej isteri arwah. 

Bagaimanapun, lelaki itu tidak percaya dan mengugut mahu membuat laporan polis dan meminta ditunjukkan surat kematian lelaki itu sekiranya benar peniaga berkenaan telah meninggal dunia. 

"Jangan sampai saya buat report polis. Masak awak nanti," katanya memberikan amaran. 

"Kematian suami saya, takkan saya nak buat main-main?" balas isteri arwah Faris. 

Bagaikan tidak dapat menerima perkhabaran itu, lelaki berkenaan mengajukan soalan bertalu-talu sampai dia terdesak untuk mengetahui apa punca suami wanita itu meninggal dunia. Malah, mula menuduhkan isteri arwah hanya berikan alasan untuk tidak memulangkan wangnya. 

"SubhanaAllah. Saya masih bersedih, tuan cakap macam-macam tentang arwah suami saya," balas isteri sambil menghantar sijil kematian suaminya. 

Sekali lagi, lelaki terbabit tidak percaya dan mendakwa surat itu boleh dibuat bagi tujuan menipu. 








Sementara itu di media sosial, netizen tidak menyangka orang seperti ini wujud di Malaysia. 

"Dah meninggal, apasal tak inform awal? Yang ini kepala bana. Manalah isteri dia tahu arwah ada berurusan apa dengan orang. Menjadi adat orang kita announce masa orang ramai kalau arwah ada berhutang dengan sesiapa, boleh tuntut dengan waris.

"Mungkin lelaki itu nak arwah WhatsApp dari liang lahad agaknya," kata Ash Rizal Abd Rahman.

Sumber: The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.