Header Ads

Dah Nak Balik Raya ? Ini Ada Tips Bagaimana Nak "PAGAR" Rumah Korang Dengan Ayat Al-Quran




Musim raya dah tiba , pasti semua kalut nak balik sediakan baju dan barang-barang nak bawa balik ke kampung . Rumah ditinggalkan mungkin dalam seminggu dua . Tiada alarm terpasang jika berlaku apa-apa jenayah pecah masuk kecurian . Namun ada cara untuk pagar rumah cara islam ( ghaib )

Ni ada sedikit perkongsian untuk diamalkan semoga dgn ikhtiar ni Allah pelihara rumah serta harta-benda kita dari dimasuki oleh pencuri atau dimasuki oleh jin.. Insya Allah.

Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut :

1) Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x)
2) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x)
3) Baca Ayatul Kursi.. (1x)
4) Baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x)

“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”

Bermaksud : “Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.

5) Lafazkan “Bismillahitawakkaltu’Alallah” ; “La haulawala khuwwata illabillah ‘ill ‘Aliyil ‘Aziim”

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua. Berhati-hati di jalan raya.

Perkongsian dari Pusat Rawatan As-Syifa,An-Nur.


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.