Header Ads

Gadis 17 Tahun Dirogol Bergilir-gilir Dengan Teman Lelaki Sendiri Kerana Takut Mulut Dimasukkan Mercun..



PASIR MAS, 5 Jun — Seorang gadis 17 tahun diugut dimasukkan mercun ke dalam mulut jika tidak mahu dirogol secara bergilir-gilir malam kelmarin.

Mangsa keluar bersama teman lelakinya, 21, untuk menikmati rojak sebelum dibawa ke sebuah pondok di Tok Uban di sini, lapor Harian Metro.

Pemangku Ketua Polis Kelantan berkata lima rakan teman lelakinya telah menunggu di pondok itu namun mangsa tidak mengenali mereka.

“Disebabkan takut, mangsa cuba melarikan diri dan menjerit meminta tolong tetapi tidak berjaya,” kata SAC Din Ahmad.

“Dia ditangkap sekumpulan lelaki berkenaan dan diugut akan dimasukkan mercun bola ke dalam mulut sekiranya melawan.

“Mangsa dirogol secara bergilir-gilir semua suspek termasuk teman lelakinya,” katanya suspek berusia antara 20 hingga 32 tahun.

Din berkata mangsa meminta teman lelakinya menghantar ke rumah rakan pada jam 4 pagi sebelum dihantar pulang ke rumah di Bukit Panar, Tanah Merah.

Mangsa bersama ibu kemudian membuat laporan di Balai Polis Tok Uban pada Sabtu.

Polis telah menahan empat suspek pada hari sama dan sedang menjejaki dua lagi yang terlibat, lapor akhbar tersebut.

Tiga daripada mereka yang ditahan positif dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 375 B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan.

Sumber: Malaymail Online



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.