Header Ads

Gara-gara Muatnaik Gambar Kawan Sedang Minum Di Pejabat Secara Nyorok-nyorok Bulan Puasa , Gadis Ini Dikecam Netizen



Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia dan semua umat Islam dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari membuat perkara buruk seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak elok.

Walaupun semua syaitan telah diikat pada bulan yang mulia ini, masih ada juga mulut yang macam puaka tau!


Dalam satu status Facebook yang tular baru-baru ini, seorang pengguna bernama Baby Arra Fans Official telah menulis,

“Kenapa korang cakap perempuan tak bertudung jahat sebab tak tutup aurat. Sekarang saya nak tunjuk bukti gambar perempuan bertudung pun teruk tak puasa dan minum senyap-senyap di ofis. Korang fikir sendiri jangan main cakap je perempuan tak bertudung jahat tapi yang pakai tudung pun sama saja.”

Netizen telah mengecam Arra dan menyokong gadis bertudung itu kerana ramai berpendapat bahawa pasti perempuan tersebut mempunyai sebab yang tersendiri kenapa dia tidak berpuasa.

“Kalau dia minum sorok-sorok maknanya dia tak mahu orang tengok dia minum dan fikir bukan-bukan. Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk tak bagi orang tahu yang dia tak puasa mungkin atas sebab-sebab tertentu”



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.