Header Ads

Isteri Hamil Dan Kuat Mengidam, Lelaki Ini Nekad Berhenti Rokok Dan Duit Tersebut Digunakan Untuk Bina "Pasaraya Mini" Untuk Isteri




Nak berhenti merokok 100% bukan satu perkara yang mudah, apatah lagi jika seseorang itu sudah ketagih teruk sehinggakan boleh demam jika satu hari tidak merokok. Betol ke? Iya! Ada sesetengah macam nak gila sebab tidak menghisap sebatang rokok sehari, itu sudah ketagih teru.

Tetapi tidak mustahil untuk perokok tegar hendak berhenti merokok, asalkan ada usaha dan tekad untuk berhenti, tahukah kandungan didalam rokok itu sangat merbahaya untuk kesihatan? Ianya adalah antara punca kanser paru-paru.

Baru-baru ini tular dilaman sosial apabila seorang lelaki nekad berhenti merokok kerana isterinya hamil, dia sanggup berhenti merokok dan duit yang spetutnya dia beli rokok, dia telah mencipta satu pasaraya mini untuk isterinya yang sedang hamil.

Lee Jong-Chu, 30 telah mendapat idea secara tiba-tiba apabila isterinya, Lee Yoo-Jung, 26 mulai mengidam kerana hamil. Jong-Chu faham yang keinginan wanita hamil tidak dapat ditangguh.

Idea ‘pasaraya mini’ ini dibuat demi memenuhi keinginan isteri tercintanya. Jong-Churisau jika tiba-tiba isterinya mengidam pada waktu malam dan kedai sudah tutup, jadi sebaiknya dia beli segala keperluan untuk isterinya.

Baginya, adalah lebih baik jika dia menyediakan segalanya dirumah jika dibandingkan dia perlu ke kedai seawal jam 3 pagi. Malah, dia akan berasa lebih tenang, jika semua keinginan isterinya cukuo dirumah semasa dia ke pejabat.

Jadi, Jong-Chu fikir, lebih baik dia mengubah ruang tamunya menjadi ‘pasaraya mini’ dan Yoo-Jung hanya perlu ke ruang tamu untuk mengambil apa yang dia mahu.

Yoo-Jung risau bertapa banyak duit yang dihabiskan suaminya untuk ‘pasaraya mini’ itu. Namun, Jong-Chu menyatakan dia menggunakan duit yang diketepikan untuk membeli rokok untuk ‘pasaraya mini’ isterinya itu. Dia begitu sayangkan isterinya.

Jong-Chu merupakan bekas perokok dan membuat keputusan untuk berhenti demi kesihatan isteri dan anaknya yang bakal lahir nanti. Dia juga ingin menjadi contoh yang baik untuk orang-orang dia sayangi. Inilah yang seharusnya dicontohi, Asap rokok bukan sahaja bahay untuk ibu mengandung malah kandungan boleh gugur disebabkan asap rokok!

Bukan mudah hendak berhenti merokok, mereka memerlukan dorongan ahli keluarga dan orang sekeliling, disini terdapat tips untuk mudah berhenti merokok, tetapi pastikan anda benar-benar nekad ya!

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan. Sama ada gula-gula getah khas, pelekat nikotin malah terdapat minyak pati (essential oil) yang boleh membantu mengurangkan keinginan untuk merokok.

Buangkan semua benda berkaitan rokok

Tempat abu rokok, pemetik api, malah perhiasan berkenaan rokok, boleh menyebabkan keinginan merokok kembali. Buangkan dan bersihkan rumah anda dari bau atau bekas rokok untuk permulaan yang lebih sihat. Ada orang, kalau sudah terlalu rindu dengan rokok, dapat bau rokok pun jadi la. Sebaik-baiknya elakkan semuanya!

Mula bersenam

Bersenam boleh membantu anda menyahkan toksin nikotin yang ada di dalam badan. Amalan gaya hidup sihat akan memudahkan lagi niat untuk berhenti merokok.

Banyakkan memakan buah

Amalkan memakan buah-buahan, ianya mampu membantu anda mengurangkan rasa ingin merokok, selain itu banyakkan meminum air kosong.

Sumber: theasianparent


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.