Header Ads

Kenapa Lepas Bangun Tidur Tiba-Tiba Ada Lebam? Ini Sebabnya..




Ramai rasa pelik, selepas bangun tidur di waktu pagi tiba-tiba ada muncul lebam. Nak katakan ada terjatuh tidak pula.

Pastinya, lebam tersebut selalunya muncul berada di betis, peha dan lengan. Kenapa? Adakah tanda penyakit atau pun berlaku perkara ghaib?

Mungkin ada yang akan mengatakan berlaku perkara ghaib, tetapi lebih logik dan meyakinkan ini adalah reaksi dari dalam tubuh badan anda.

Bagaimana boleh muncul lebam?

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, lebam berlaku apabila kulit kita terdapat pengumpulan darah apabila salurah darah kecil pecah di bawah kulit. Jadi, pengumpulan darah ni akan memberi efek warna merah atau biru kekuningan. Lebam ini juga akan hilang dalam masa 2 minggu.

Kalau lebam disebabkan terhantuk pada objek pula dipanggil ecchymosis. Salur darah kecil tu akan pecah dan buatkan darah terkumpul di situ. Mula-mula akan bengkak dan seterusnya menghasilkan tompok darah beku yang dipanggil lebam.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.