Header Ads

Kenapa Perlu Boikot Wonder Woman Dan Gal Gadot?




Wonder Woman digambarkan sebagai seorang wanita yang mempunyai kuasa luar dan kekuatan kerana dirinya yang bersusur galur daripada keturunan dewa-dewi. Kerana cintanya kepada seorang manusia, dia menggunakan kekuatannya untuk menghentikan Perang Dunia.

Hebat, kan?

Tapi, bila keluar saja berita filem ini akan diboikot oleh Lubnan dan disokong oleh gerakan aktivis Palestin. Ramai yang kata mengarut. Antara alasan ringkas yang dimainkan oleh media adalah sebab Gal Gadot itu orang Israel.

Bukan. Bukan sekadar itu.

Tindakan memboikot filem tersebut yang diwar-warkan bukan hanya kerana dia orang Israel. Tapi kerana pendiriannya menyokong kuat IDF (Israel Defence Force) yang telah banyak sangat membuat kekejaman kepada warga Palestine, di Gaza khususnya. Dia sendiri bekas IDF.

Pada 2014, dalam operasi Protective Edge yang dilancarkan Israel yang telah berlangsung selama 50 hari, seramai 2,139 warga awam Gaza telah terbunuh di mana 508 daripadanya adalah kanak-kanak. 20,000 rumah kediaman hancur musnah dan dianggarkan Gaza memerlukan tempoh 3 dekad untuk membangunkan semula Gaza. Operasi ini dilancarkan atas alasan Hamas telah melancarkan ribuan roket ke Israel. Yang mana ia sebenarnya bermula apabila 3 orang remaja Israel telah mati didakwa dibunuh di zon larangan tentera di Tebing Barat dan Israel mendakwa pembunuhnya ialah warga Palestin (tiada bukti pun) telah berjaya melarikan diri ke Gaza. IDF menyerang.

Maka, Gaza telah dibom IDF berterusan selama 50 hari. Semasa bulan Ramadhan 2014 dan semasa World Cup sedang berlangsung.

IDF ini adalah evolusi daripada militia pengganas Irgun dan Stern Gang yang bertanggungjawab melakukan kemusnahan dan keganasan semasa merampas tanah warga Palestin.

Pada bulan April 1948, militia Irgun ni telah mengepung perkampungan Deir Yassin dan melaksanakan pembunuhan beramai-ramai. Direkodkan, 254 orang telah dibunuh, 175 daripadanya wanita, di mana 35 orang daripadanya mengandung. Menachim Begin, ketua militia tersebut berbangga dengan mengucapkan tahniah kepada pasukannya dan mengatakan Tuhan telah memilih mereka untuk menghapuskan mangsa-mangsa mereka. Tak lama selepas itu, Menachim Begin telah diangkat menjadi Perdana Menteri pertama Israel.

Lepas tu, militia Irgun ini telah dijadikan asas kepada pembentukan IDF.

Kejahatan IDF yang merupakan militia Zionist ini tidak sekadar itu sahaja. Terlalu banyak kekejaman yang dibuat. Membaca dokumen yang merekodkan kekejaman mereka pun dah cukup buat darah kita menggelegak.

2008, dalam Operation Cast Lead, Israel telah menyerang Gaza yang tiada sebarang pertahanan. Bom yang menyebarkan serpihan kecil besi yang akan memotong dan menebusi apa saja telah dijatuhkan. D.I.M.E – Dense Inert Metal Explosive. Serangan darat pula, memang tujuan askarnya membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui. Sekumpulan wanita yang mengibarkan bendera putih ditembak mati, keluarga yang sedang makan dibom. Ibrahim Awajah, kanak-kanak berusia 8 tahun, dibunuh di hadapan ibunya. Tidak habis di situ, mayatnya digantung dan dijadikan latihan menembak tentera Zionis.

Terlalu banyak kekejaman IDF jika nak diceritakan. Sesiapa yang menyokong IDF memang manusia yang telah hilang moralnya. Orang Israel bukannya naif sangat tak tahu askar dia buat apa bila menyerang Gaza. Diorang menyokong setiap kali perang ke atas Gaza dilancarkan. Kes Elor Azaria membuktikannya. Elor Azaria ni membunuh warga Palestin yang cedera dan terbaring dengan headshot. Tapi, orang Israel mengangkat dia sebagai hero dan membuat bantahan bila mahkamah Israel jatuhkan hukuman penjara 18 bulan sebab kesalahan tu.

Jadi, bila Gal Gadot ni berlakon sebagai watak utama dalam filem yang kononnya tunjuk kebaikan akan mengatasi kejahatan, kekuatan sepatutnya digunakan untuk keamanan, menunjukkan sikap yang amat hipokrit.

Atas sebab tu, pemboikotan filem ini adalah perlu pada pendapat aku. Jika kau ada semangat kemanusiaan, kau akan bertindak sama. - Ahmad Zahiruddin Saruji

Sumber: http://apemazing.com



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.