Header Ads

Lelaki Ditahan Akibat Hina Polis Di FB




KAKITANGAN kerajaan ditahan polis tengah malam semalam selepas disyaki memuat naik komen menghina polis di Facebook (FB).

Lelaki itu dipercayai menulis komen menghina polis selepas tidak berpuas hati kerana disaman akibat keretanya tidak menggunakan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi ditetapkan, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Suffian Sulaiman berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan 12.40 tengah malam di Dataran Shahbandar.

Menurutnya, pihaknya mendapati komen lelaki itu dimuat naik berikutan dia tidak berpuas hati selepas disaman kerana menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mengikut peraturan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Sultan Mahmud berhampiran sebuah stesen minyak pada 2.19 pagi Jumaat.

Katanya, lelaki itu kemudiannya memuat naik komen di FB dengan mendakwa dia tidak pernah disaman dalam 100 kali sekatan jalan raya kerana kesalahan itu.

"Selain itu, suspek turut menghina polis yang dikatakan kurang ajar dan tiada budi bahasa. Komennya itu tular di media sosial termasuk WhatsApp sebelum satu laporan polis dibuat 9.19 malam pada hari sama.

"Susulan laporan dibuat, polis bertindak menahannya dan turut merampas sebuah telefon bimbit untuk siasatan lanjut," katanya.

Sumber: Harian Metro


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.