Header Ads

Lihat Apa Yang Mampu Dibeli Oleh Pemain Bola Sepak Ini Dengan Gaji Seminggu Mereka!




Apa yang anda boleh beli dengan jumlah seminggu gaji anda? Cristiano Ronaldo hanya perlu bermain bolasepak lima jam untuk membayar Bugatti Veyron manakala pemain Manchester City Jesus Navas mampu membeli sebuah Nissan Micra setiap 11 minit.


Ronaldo yang dianggap pemain terbaik planet ini sekarang memilih salah salah kereta paling laju dan mahal untuk membawanya dari A ke B iaitu kereta Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse bernilai £1.8juta (RM9.9j).


Bintang Barcelona Lionel Messi pula memilih Ferrari F430 Spider yang memiliki 503 kuasa kuda (bhp) dan mampu mencapai kelajuan 320 km/h.

Kelajuan itu sedikit perlahan dibandingkan Bugatti dengan kelajuan 402 km/h tetapi pada harga £173,000 (RM950,000) kereta Ferrari Messi menawarkan nilai lebih baik.

Pemain Argentina itu hanya perlu bermain 31 minit dan 32 saat untuk membeli Ferrari itu dan bermakna dia mampu membeli tiga kereta Ferrari untuk setiap 90 minit perlawanan.

Secara perbandingan Ronaldo mesti bermain lima jam 15 minit untuk keretanya yang dianggap begitu unggul apatah lagi dengan pendapatan £365,000 (RM2j) seminggu di Real Madrid.

Kalau mereka ini mampu beli kereta mewah dengan bekerja kurang satu jam, apatah lagi gaji seminggu mereka.

Kaaauuuu adaaaa? haha…

Sumber: Hot FM



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.