Header Ads

Pemandu Tiada Lesen, Van Terbabas Selepas Memotong & Hilang Kawalan..




KUALA KRAI: Pemandu van Tahfiz Al Hashimi yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan tujuh pelajar di KM55 dekat Kampung Telekong, di sini semalam, tiada lesen memandu. 

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj, berkata pemandu, Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 24, tiada rekod kesalahan trafik. Katanya, hasil ujian saringan air kencing juga negatif. "Hasil siasatan awal mendapati, pemandu van jenis Maxus V80 itu dipercayai tiba-tiba hilang kawalan ketika di lokasi kejadian selepas memotong sebuah kenderaan di hadapannya. "Apabila pemandu van terbabit masuk semula ke laluannya, secara tiba-tiba van berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh sebuah rumah yang berada di sebelah kanan jalan," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

BH hari ini melaporkan keceriaan 12 pelajar tahfiz untuk menghadiri program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan Kota Bharu, bertukar ngeri apabila tujuh daripadanya maut selepas van dinaiki terbabas di Kampung Telekong, di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, lima mangsa termasuk seorang berasal dari Thailand, maut di tempat kejadian manakala dua pelajar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Krai (HKK). Lima maut di tempat kejadian iaitu Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Muhamad Rahman Rozali,17, Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14 dan Sarifuddin Muhammad, 14, (Thailand) manakala Ahmad Farhan Zulkifli, 14, dan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17, meninggal dunia di HKK. 

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata, pihak polis juga sudah merakam percakapan pemandu untuk melengkapkan siasatan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan masih diteruskan," katanya.

Sumber: Berita Harian Online



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.