Header Ads

Rakyat Malaysia Terkejut Bakal Dikenakan Cukai Pelancongan, Bukan Ogos Tapi 1 Julai Ini




Pelaksanaan Cukai Pelancongan yang akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam, akan tetap diteruskan mulai 1 Julai ini.

Pengesahan itu dinyatakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selepas merasmikan “Perfect China Seminar – The New Beginning” di Ibu Kota malam kelmarin. 

Kenyataan itu sekali gus menolak laporan sebuah portal berita bahawa pelaksanaan cukai berkenaan mungkin ditangguhkan.

“Warta (Cukai Pelancongan) ini automatik, mengikut prosedur negara apabila dilulus oleh Parlimen maka pewartaan itu automatik, jadi yang berkuasa dalam melakukan undang-undang ialah Parlimen dan pewartaan itu hanya formaliti saja."

Memetik laporan Bernama, Ahli Parlimen Padang Rengas itu turut berkata, pelaksanaan kutipan cukai akan mula dikenakan terhadap hotel dan rumah penginapan yang berdaftar.

Pada sidang Parlimen yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Mohamed Nazri, diluluskan dengan undian majoriti.

Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Mohamed Nazri berkata, Cukai Pelancongan itu dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus.

Sumber: CARI


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.