Header Ads

Rupanya Cara Kita Bersih Telinga Selama Ini Salah, Ini Cara Betulnya..




Tahi telinga yang berlebihan kadang kala sukar dibersihkan. Tahi telinga umumnya bersifat melekit. Ia merupakan pengeluaran alami daripada kelenjar minyak di dalam telinga yang sebenarnya bertujuan melindungi telinga. Lekitan ini berfungsi memerangkap debu dari masuk ke telinga. Tahi telinga sebenarnya tidak akan menyebabkan rasa terganggu jika berada pada kadar yang sesuai.

Andai terlalu banyak, tahi telinga boleh menyebabkan telinga tersumbat dan paling teruk boleh menyebabkan kurang pendengaran. Jadi macam mana cara membersihkan lebihan tahi telinga ini?

Elakkan Menggunakan Putik Kapas

Memasukkan putik kapas, klip kertas, ataupun pengorek telinga besi bagi menyucikan telinga dalam berisiko merosakkan saluran atau gegendang telinga. Selain itu, walaupun kelihatan seperti ia berjaya dikeluarkan, hakikatnya tahi telinga berisiko semakin mengendap di saluran telinga.

Jadi apa cara yang boleh dibuat? Anda mungkin boleh mencuba cara berikut:

Gunakan ubat titis telinga yang dijual di farmasi. Ubat ini mampu melembutkan gumpalan tahi telinga sehingga senang dikeluarkan. Boleh juga menggunakan minyak bayi (baby oil), gliserin, atau hidrogen peroksida.

Dua hingga tiga hari kemudian, sengetkan kepala dan titiskan air suam ke dalam saluran telinga yang bermasalah, kemudian sengetkan kepala ke sisi lain untuk mengeluarkan kotoran telinga. Keringkan air dari saluran telinga, lap menggunakan tuala lembut.

Anda mungkin harus cuba beberapa kali proses ini sampai lah semua tahi telinga keluar. Walaupun begitu, jangan cuba cara ini jika anda:

  1. Berasa sakit pada telinga.
  2. Keluar cecair dari telinga yang bukan kelihatan seperti tahi telinga.
  3. Pernah menjalani pembedahan telinga.
  4. Syak mengalami gangguan gegendang telinga.

Pada sudut lain, kaedah ini juga berisiko membuat tahi telinga yang lembut menjadi masuk lebih dalam ke saluran telinga. Oleh sebab itu, jika tahi telinga tidak berkurang, cepat-cepat dapatkan pemeriksaan telinga anda dengan doktor. Biasanya doktor boleh mengeluarkan kotoran telinga dengan alat sedut atau boleh mencadangkan guna ubatan lain.

Untuk cara lain, anda juga mungkin boleh membersihkan telinga menggunakan picagari mentol atau penyedut hidung dan air suam, boleh tonton video di bawah, sangat mudah dan boleh dicuba dari rumah.


Sumber: Laicikang


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.