Header Ads

Sejak Aku Amalkan Surah Al-kahfi, Hidup Aku Benar-benar Berubah




Assalamualaikum. Aku nak cerita sikit tentang fitnah dunia dan salah satu cara utk mengawal diri kita dari terjebak dengan bahaya fitnah dunia atau fitnah dajjal. awas, post ni panjang.

Sebelum tu, aku jujur aku ni bukan perfect, masih berdosa menimbun, masih buat dosa dan masih tertangguh taubat. confession ni lebih kepada pengalaman atau testimoni aku sendiri.

Macam yg kita tahu, hari jumaat disunatkan membaca surah Al kahfi dan disampaikan kepada kita bahawa surah ni boleh menghindarkan kira dari fitnah dajjal aka fitnah akhir zaman. fitnah tu bukan maksudnya fitnah yg orang tabur dati mulut ke mulut tu. fitnah tu diambil dari huruf fa-ta-na yg bermaksud menarik dan buat orang tertarik. so faham kan maksud fitnah?

Aku perempuan. aku ada rupa. aku banyak bakat. aku ada keluarga yg bahagia; suami yg hampir perfect dan anak yg comel bijak. aku ada education yg tinggi. kerja yg best. bukan aku nak meninggi diri, tp aku nak cerita betapa banyaknya fitnah yg aku hadapi.

Antaranya:

1. Fitnah suara. ya, dulu aku bercita-cita nak jadi youtuber. nak cover lagu, dan bagi orang dengar kelunakan suara aku. kalau ada karoke kat majlis orang, aku mesti rasa nak sumbangkan suara.

2. Fitnah wajah. aku pernah terfikir utk menjadikan laman social aku sebagai tempat mencari pendapatan. utk gain followers bukan susah, aku cuma perlu post selfie yg cantik dan make them public. maka berbondonglah yg akan follow.

3. Fitnah ibadah. bukan tak pernah aku record mengaji, dan rasa nak post. bagi semua dengar lunaknya aku mengaji. supaya kelihatan sempurna aku sebagai muslimah. apa tu orang sekarang cakap “find a woman that can do both”. buat baik sikit rasa nak bagitau seantero alam, dengan alasan “spread the positive vibes”.

4. Fitnah kebahagiaan. suamiku yg hampir perfect, anakku yg comel dan bijak, aku sangat teruja utk memaparkannya kepada dunia. supaya aku boleh menjadi contoh kepada orang lain, kononnya.

5. Fitnah ilmu. setiap kali ternampak sesuatu hal, selalu rasa nak komen, nak tinggalkan pandangan walaupun tak perlu. macam nak tunjuk pandai pun ada.

Yang di atas, sebahagian daripada fitnah yg aku hadapi.. datangnya dari diri sendiri. hati yg dambakan pujian dan acceptance dari manusia. menginginkan “fame” dan “popularity” yg pada zaman sekarang boleh menjana pendapatan! api riak yang mulanya kecil, kelamaan boleh marak. aku manusia biasa!

Aku baru-baru tahun kebelakangan ni menjinakkan diri dengan Al Kahfi. hati aku yg senang dibeli dengan keduniaan ni perlu dikawal dan ditundukkan. lepas bertahun melazimi Al Kahfi, aku dapat rasa penyakit aku yg satu ni boleh dikawal. 

Aku nak share sikit pengalaman sendiri.

1. Aku dah takde obsession. dulu tak tengok satu episod drama rasa rugi! tapi sekarang tv pun aku tak heran kalau tak tengok. dengan semua benda aku rasa moderate. fashion, drama, vacation or apa-apa yg aku gila dulu, sekarang dah beransur
biasa.

2. Aku dah kurang dengar lagu. kebanyakan lagu baru pun aku jahil. kalau dulu, muzik-muzik ni la umpama nyawa.

3. Aku dah tak batak followers.

4. Aku semakin malu nak menunjuk. dulu taip panjang-panjang nak bagitau pencapaian aku, anak aku bijak, suami aku romantik, tp sekarang aku rasa malu dengan diri sendiri untuk cerita kepada umum.

5. Aku semakin meluaskan definisi private life. aku cuba kurangkan post unnecessary things di social media. aku mula rasa tak perlu terlalu mendedahkan kehidupan aku.

6. Aku dah kurang online. hanya intai fb bila perlu. pages tak ilmiah aku dah tak rasa nak follow. phone aku dah jarang pegang. ni pencapaian yg bagus utk diri aku yg overly attached dengan phone sangar chronic dulu.

7. Aku rasa lebih positif dan bersederhana. walaupun mampu utk pakai latest iphone, tp keinginan aku terkawal. rasa cukup je dengan phone yg ada sekarang.

8. Aku rasa lebih berlapang dada, dan banyak berfikir sebab dan akibat sebelum bertindak/bercakap atau percaya dengan sesuatu. aku berfikir sedalam-dalamnya sebelum lantang bersuara.

9. Jujur aku cakap. sebagai perempuan yg nafsunya 9, akalnya 1, aku rasa kelaziman membaca al Kahfi sangat membantu aku utk lebih positif, rasional, dan tidak berlebih-lebih dengan hal dunia. sangat membantu aku mencantas godaan-godaan yg datang dari pelbagai arah.

Selain daripada amalkan surah Al Kahfi, aku cuba amalkan baca doa pelindung daripada fitnah kubur, dajjal dan azab api neraka semasa tahiyyat akhir sebelum bagi salam.

Aku share testimoni ni bukan utk pujian, kalau demi pujian aku post kt wall sendiri je. aku share sbb rasa terpanggil, bila tengok terlalu ramai kaum sejenis aku yg masih mendedahkan diri dengan fitnah dan terfitnah macam yg aku hadapi, jadi marilah kita usaha kawal semua tu sebelum parah. aku fokuskan kepada perempuan, sbb aku perempuan.

Kalau rasa hilang pedoman sekejap, atau terlampau rasa liberal sangat, atau lantang sangat nak bersuara, cubalah baca Al Kahfi dan doa pelindung dari fitnah. bimbang, apa yg kita rasa, yg kita tak puas hati tu hasil bisikan syaitan. kalau rasa terlalu banyak atau kerap mendambakan pujian manusia melalui post-post kita, cepat cari penawar. i have found one, and i would love to recommend this Al Kahfi miracle therapy to you.

Fitnah dajjal itu benar, dan kita umat yg menjadi sasarannya. zaman kita ni zaman akhir, harapan aku semoga kita semua terpelihara. dari sekecil-kecil fitnah sehinggalah yg sebesar-besar mengakui Dajjal sebagai tuhan! Nauzubillah! doakan aku istiqamah dan bertambah iman utk meninggalkan kebiasaan yg bukan syariah. - IIUMC



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.