Header Ads

Setiap Pagi Saya Baca Al-quran, Rasa Lebih Tenang Dan Seronok – Mizz Nina



Tahun 2013 merupakan tahun yang mengubah kehidupan penyanyi Mizz Nina kepada seorang wanita muslim yang lebih baik dengan memakai hijab. Sejak daripada penghijarahannya itu, beliau tidak lagi menyanyi dan kini aktif membuat kerja-kerja amal dan mendalami ilmu agama dengan lebih lagi.

Mizz Nina juga gemar meluangkan masa dengan membaca Al – Quran setiap pagi dan akan menghadiri kelas mengaji setiap hujung minggu.

Setiap pagi saya akan membaca Al-Quran dan hujung minggu saya ada kelas mengaji pula. Saya rasa lebih tenang dan seronok menjalani hari-hari saya. Walaupun kadang-kala ada juga perasaan malas tapi saya paksa juga. Lama-kelamaan sudah menjadi amalan setiap hari. Buat masa ini, saya masih lagi dalam proses belajar sebutan ayat dengan tepat dan betul.


Dalam melakukan benda baik pasti akan ada dugaan dan cabaran yang menguji keimanan. Menurut Mizz Nina, beliau sedang berusaha untuk terus menguatkan dirinya untuk sentiasa istiqamah agar penghijrahannya itu kekal selama-lamanya.

Saya masih lagi berusaha keras untuk memastikan penghijrahan saya tidak terhenti di separuh jalan. Sebab itu orang selalu cakap bila nak berubah ke arah yang lebih baik ini kena istiqamah. Selain itu, kawan-kawan yang rapat juga memainkan peranan penting. Kena saling mengingati satu sama lagi untuk melakukan perkara yang wajib dan baik.


Kalau niat dan usaha itu ada, inshaAllah penghijrahan Mizz Nina ini akan kekal selama-lamanya. Kami pun boleh nampak betapa gigihnya beliau untuk mendalami ilmu agama bersama suaminya, Noh. Kami doakan yang terbaik buat Mizz Nina dan semoga terus istiqamah.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.