Header Ads

Siti Kasim Kutip Derma Dari LGBT Untuk Lawan JAWI, Ikrar Pertahankan LGBT




KUALA LUMPUR: Pada minggu lepas Siti Kasim telah di hadapkan di mahkamah atas kesalahan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

Hari ini kecoh pula di media sosial mengenai isu yang sama namun beliau dikatakan meminta sumbangan di media sosial bagi membiayai kos perjuangan beliau dalam mempertahankan golongan LGBT.

Siti Kasim dikatakan telah menyeru para penyokongnya untuk beramai-ramai menyumbangkan derma bagi

membiayai perjuangannya untuk menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan juga bagi menampung kosnya mempertahankan diri di mahkamah.

Menurut petikan dari menara.my, Siti Kasim telah menegaskan bahawa beliau akan melawan JAWI berhabis-habisan, dan menyeru rakyat Malaysia untuk turut menyokong perjuangannya itu.

“Kita jangan benarkan sesiapa pun untuk menunjukkan kekuatannya hanya kerana mereka ingat mereka boleh melakukannya,” tegas Siti Kasim.

Siti Kasim telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Jun lepas dan didakwa atas tuduhan “menghalang tugas penjawat awam” di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Pada April tahun lepas, Siti Kasim dikatakan telah menghalang pegawai penguatkuasa JAWI menjalankan tugas semasa JAWI mengadakan serbuan di satu acara mak nyah di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Siti Kasim berikrar di hadapan pihak media bahawa beliau akan terus mempertahankan hak LGBT.

“Saya takkan mengalah dan akan teruskan apa yang selalu saya buat; pertahankan hak semua orang bukan sahaja komuniti LGBT, tetapi komuniti yang lain juga.

Semua orang harus berani pertahankan hak mereka,” ikrar Siti Kasim. 

“Kita harus berhentikan tindakan ini.

Bagi saya serbuan ini satu tindakan menyalahi undang-undang terhadap komuniti mak nyah!” tegas beliau.

Sumber: menara.my



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.