Header Ads

Terkini: Sarawak Umum Tarik Diri Dari Malaysia Tourism Board





Kuala Lumpur, 12 Jun - Kerajaan negeri Sarawak hari ini memutuskan untuk menarik balik penyertaan wakilnya dalam Malaysia Tourism Board berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu timbul rentetan isu yang membabitkan Menteri Pelancongan, Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak , Abdul Karim Rahman Hamzah yang hangat baru-baru ini.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan sebentar tadi berpendapat, peranan wakilnya dalam Tourism Malaysia tidak perlu kerana ia bertindih dengan peranannya dalam Lembaga Promosi Pelancongan Sarawak.


Menurut Sarawak Voice, isu terbabit timbul selepas Abdul Karim meminta kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan.

Bagaimanapun, Nazri menempelak Abdul Karim dengan menyifatkan menteri itu sebagai 'setahun jagung'.

“Dia menteri baru, dia menteri BN, janganlah nak tunjuk lagak sangat. Jumpa saya, saya pun menteri BN." kata Nazri sebagaimana laporan Sarawak Voice itu.

Sumber: Siakapkeli



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.