Header Ads

Uqasha Senrose Terlalu Cantik, Comel Untuk Dibenci - Peminat




Peminat meluahkan rasa geram terhadap pelakon Uqasha Senrose namun tidak sanggup untuk membenci Uqasha kerana penampilannya yang terlalu cantik.

Komen-komen yang meluahkan rasa meluat dan menyampah terhadap aktres tersebut ditinggalkan oleh peminat di laman Instagram milik Uqasha, @uqashasenrose2.





Semuanya kerana watak Puteri yang dibawakan oleh Uqasha dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

Menjayakan karakter antagonis, Uqasha berganding bahu bersama pelakon senior, Datin Seri Zizie Izette yang memegang watak Puan Sri Mawar.

Puteri dan Puan Sri Mawar sering membuli dan bertindak kejam terhadap watak Nura Medina yang dijayakan oleh Nur Fazura.

Walaupun mengundang rasa menyampah, usaha gadis yang berasal dari negeri Kelantan ini dalam menjayakan watak Puteri nyata membuahkan hasil kerana peminat memuji bakat lakonan yang ditampilkan oleh Uqasha.

Selain itu, peminat juga memuji keserasian lakonan antara Uqasha bersama pelawak Fikry Ibrahim yang memegang watak sebagai Farrizam.


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.