Header Ads

Video Abang Rider Tolong Warga Emas Ini Jadi Viral Buat Ramai Netizen Tersentuh Hati




Hari Isnin, 12 Jun 2007 merupakan hari yang biasa seperti hari-hari yang sebelumnya buat Mohd Elfie dari Singapura. Ketika itu, beliau sedang menunggang motosikal di sepanjang Pan Island Expressway (PIE).

Dia menunggang seperti kebiasaannya apabila dia menyedari seorang warga tua yang kelihatan seperti terkandas di tengah-tengah lebuhraya tersebut. Mengikut status yang dimuat naik oleh beliau sendiri, lelaki warga emas itu cuba menyeberang lebuhraya tersebut untuk pergi ke rumah menantunya.

‘Pakcik itu menaiki bas dan terlepas perhentiannya. Jadi, pakcik tersebut cuba menyeberangi jalan dan memasuki lebuhraya tersebut. Rumah menantunya terletak di seberang jalan’

Sejurus beliau menyedari kehadiran pakcik tersebut di tengah-tengah lebuhraya itu, beliau dengan segera memberhentikan motosikalnya untuk membantu warga emas itu. Ketika turun dari motornya, mereka menyapa sesama sendiri.

Warga emas itu menjelaskan apa yang terjadi. Pakcik itu juga sedang membawa beberapa beg plastik yang mengandungi barang milik pakcik tersebut. Tanpa banyak soal, Elfie segera memberi helmet kepadanya. Dalam masa lima minit, mereka tiba ke destinasi yang ingin dituju olehnya.

‘Saya tak pasti sama ada ianya satu hikmah atau pakcik tersebut yang bertuah terserempak dengan saya. Tapi saya tahu saya harus berkongsi kisah ini dan berharap orang ramai di sana membantu mereka yang memerlukan bantuan. Buat baik akan berbalas baik. Ramadhan Kareem semua’ tulis beliau mengakhiri statusnya itu.

Sudah tentu membantu orang yang dalam kesusahan dan ianya tidaklah memakan masa yang lama. Sebaliknya, berbuat baik pasti akan dibalas dengan kebaikan. InsyaAllah.

Saksikan video yang menyentuh hati ramai netizen ini dibawah.





Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.