Header Ads

Viral HARAM Makan Telur Asin. Ini Pula Jawapan Ustaz Rozaimi Yg Buat Ramai LEGA !!!




Baru-baru ni viral di laman sosial tentang pendapat seorang ustaz yang mengatakan haram makan telur asin. Ketika ramai mula komfius dan berkecamuk, Ustaz Rozaimi tampil dengan jawapan yang lebih bernas dan berdalil.

Adakah Telur Asin Yang Tidak Dibasuh Sewaktu Penyediaannya Haram Dimakan?

Saya ditanya oleh ramai orang berkaitan dengan isu ini. Mungkin kerana ada sebahagian ilmuwan yang membangkitkan isu ini dalam kuliah mereka. Bahkan ada juga yang menyatakan haram memakan telur yang tidak dibasuh dahulu sebelum memasaknya. Untuk menjawab persoalan ini, ingin saya nyatakan bahawa isu halal atau haram ini berkait dengan isu adakah lendiran di kemaluan haiwan (ayam atau itik) yang bertelur itu najis atau tidak sehinggakan wajib untuk kita cucinya sebelum memasak? Dalam isu ini, ulama berbeza pandangan berkaitan hukum kenajisannya. Sekadar pembacaan saya yang tehad, berikut pandangan ulama:

1. Majoriti ulama berpandangan bahawa lendiran di kemaluan haiwan tidak najis. Ini bermakna telur yang terhasil tidak wajib untuk dibasuh selagi mana ia tidak terkena najis. Namun begitu, sebahagian ulama menggalakkan untuk ia dibasuh sekadar untuk membersihkannya. Namun, jika tidak dibasuh ia tidak menjadikan telur itu haram dimakan. Ini adalah pandangan ulama mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan padangan yang paling sahih dalam mazhab Syafie menurut Imam Nawawi. (Lihat: Radd al-Muhtar, jil. 1, hal. 377, al-Majmu’, jil. Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hal. 81, al-Hawi lil Fatawi, jil. 1, hal 12-13)

Bahkan sebahagian ulama mazhab Maliki beranggapan bahawa adanya tahi haiwan pada telur tersebut tidak menjadikannya haram jika kulitnya tidak dibasuh. Ini kerana mazhab Maliki beranggapan tahi haiwan yang dagingnya halal untuk manusia makan adalah tidak najis. (Lihat: Mawahib al-Jalil, jil. 1, hal. 302) Ia juga pandangan ulama mazhab Hanbali. Namun, mazhab Syafie menganggap tahi haiwan adalah najis.

Dalil bagi pandangan ini ialah mereka qiyaskan dengan janin yang keluar dari laluan qubul haiwan. Ia tidak wajib dibasuh secara ijmak ulama.

Begitu juga ulama mengqiyaskan lendiran di kemaluan haiwan ini dengan air peluh. Air peluh haiwan tidak najis.

2. Sebahagian ulama mazhab mazhab Syafie menganggap kulit telur bernajis dan wajib dibasuh. Ini kerana lendiran di kemaluan haiwan dianggap najis dan wajib dibasuh. Mereka mengatakan lendiran ini bernajis kerana ia terbit dari tempat najis.

Saya cenderung kepada pendapat pertama yang mengatakan kulit telur tidak wajib dibasuh terlebih dahulu kerana:

1. Susu haiwan suci walaupun Allah berfirman menyatakan ia terbit antara celah yang bernajis. (Lihat: al-Umm, jil. 1, hal. 75)

2. Jika tempat keluar telur itu menjadi penyebab kenajisan telur ia di bahagian dalam yang tidak dihukumkan najis apabila ia masih berada di dalam jasad dan tersembunyi. (Lihat: al-Umm, jil. 1, hal. 75)

3. Pandangan ini memudahkan urusan manusia tambahan pula tiada nas dari Syara’ yang jelas dalam masalah ini. Jika benar kulit telur wajib dibasuh sudah pasti akan ada nas jelas kerana ia perkara yang dianggap ‘umum al-Balwa.

Namun, jika dibasuh ia lebih bagus namun tidaklah haram memakan telur jika tidak dibasuh selagi tidak terzahir padanya najis.

Moga Allah menunjukkan kita jalan yang lurus. Wallahua’lam. - Dr Rozaimi Ramle

Sumber: http://cerpenvirall.com



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.