Header Ads

Viral Video Pemandu Uber Dipukul 10 Lelaki di Penang




Pulau Pinang, 7 Jun - Satu video yang memaparkan seorang pemandu Uber dibelasah oleh lebih 10 lelaki tersebar di internet.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam, pemandu terbabit didakwa melakukan serangan seksual ke atas seorang penumpang warga Vietnam ketika menghantarnya dari Lintang Paya Terubong ke Agryll Road di sini.

Utusan Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata susulan kejadian suspek telah dipukul oleh 10 lelaki termasuk suami mangsa berdekatan sebuah restoran di Lintang Paya Terubong menyebabkan pemandu itu cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri.

"Kenderaan suspek turut dirosakkan dalam kejadian itu dan dia dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Anuar, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Nafi gangguan seksual

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook, Amyrul Shazafry, yang memperkenalkan dirinya sebagai adik ipar kepada pemandu terbabit berkata dakwaan gangguan seksual yang dilemparkan itu tidak benar sama sekali.

Menjelaskan panjang di Facebook Amyrul menulis:

Lelaki ini ialah abg ipar aku sendiri, nama dia Sukri, kerja dia ialah part time sebagai pemandu Uber, semalam 6/6/2017, dia dapat customer warga Vietnam yg sruh pickup dia dekat Paya Terubong, Pulau Pinang, lepas settle semua kerja seperti biasa. dia pun macam biasa pergi ke tempat kerja di balik and sambung kerja

Then keesokkannya or hari ini 7/7/2017, semasa melakukan kerja sebagai pemandu Uber, Beliau menerima satu panggilan dari perempuan Vietnam tersebut untuk mengambilnya di tempat yg sama iaitu Paya Terubong, mmg standard la kan customer, mmg kerja dia sebagai pemandu Uber pun, so Sukri ni pun pergi lakukan kerja macam biasa. Setelah sampai, perempuan Vietnam tu pun naik lah.

Tiba-tiba, kereta yg dipandu beliau ditahan oleh sekumpulan lelaki, seramai lebih kurang 20 orang dan 2 orang yg bersenjatakan Kayu Besbol, Sukri ni pun terbingung apa kesalahan dia ? so dia turun utk tanya, tak sempat nak tanya terus dihentam beramai-ramai dan 2 orang dari kumpulan tersebut memukulnya dgn kayu besbol serta ORANG AWAM sekali join pukul, mmg teruk dia kena, Lastly dia bertahan lah kan, dan tanya apa kesalahan dia ?

Kumpulan tersebut memberitahu Sukri ni telah melakukan GANGGUAN SEKSUAL kepada perempuan Vietnam tersebut, so Sukri ni kata la bila masa yg aku buat ? Perempuan Vietnam tu kata ada bukti video, lepas dah teruk kena hentam, dan ditanya mana video dan bukti, Lastly, perempuan Vietnam tu kata tak ada video, Abes yg Sukri ni kena pukul naya lah kan ?


Lepas tu selamatlah seorang Melayu yg baik hati, beliau adalah Anggota Polis, datang membantunya. yg mana dok viral taktau cerita sebenar, mai jumpa saya dulu.

Kena pukul ramai-ramai dengan senjata satu hal, kereta lagi dipecahkan oleh kumpulan nie, sapa nak bayar ? and aku rasa sangat marah and kesal dkt perempuan Vietnam yg menfitnah dia smpai jadi kes macam nih, Aku tak maafkan dan Semoga kes ni dapat Keadilan Mahkamah Dunia dan Allah S.W.T. Saya abaikan semua mulut-mulut orang yg berkata buruk kpd beliau. Insyaallah kebensran di pihak yg benar.

Saya mintak semua warga Facebook untuk Viralkan kes ni untuk bersihkan nama beliau yg telah tercalar, and tiada bukti pun yg mengatakan dia melakukan Gangguan Seksual. 😔, kalau kena dekat keluarga sendiri apa perasaan anda ? 😥

Kalau anda tak paham ap yg saya smpaikan, boleh lah pm saya. Tq


Di bahagian komen, rata-rata rakan Amyrul mengatakan tidak percaya dengan dakwaan gangguan seksual itu malah ada yang menyifatkan pemandu Uber terbabit sebagai seorang yang baik.

Eyza Azie menulis di bahagian komen: "Ya Allah..sy kenal shukri ni..dlu 1 tempat keja..dia org nya baik..dia xkn buat mcm 2..lg pn dia dh ada isteri dan anak.semoga Allah melindungi dia."

Sumber: Siakapkeli



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.