Header Ads

Wanita Vietnam Direman Kes Pukul Pemandu Uber


ANGGOTA polis mengiringi wanita Vietnam untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Georgetown, hari ini.

GEORGETOWN: Empat individu, termasuk seorang wanita Vietnam direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pemandu Uber dipukul, selepas didakwa cuba mencabul wanita Vietnam berkenaan di Lintang Paya Terubong, di sini, Selasa lalu. 

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Muna Maria Azmi pada jam 11.45 hari ini. Wanita Vietnam yang berumur 43 tahun itu ditahan anggota polis petang semalam, bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat pemandu Uber terbabit.

Dalam kejadian pada jam 3.56 petang itu, seorang pemandu Uber yang mahu mengambil wanita Vietnam berkenaan di Lintang Paya Terubong, tiba-tiba diserang dan dipukul oleh sekumpulan lelaki kerana didakwa mencabul wanita terbabit. Kejadian itu dirakamkan dalam video berdurasi empat minit 22 saat, yang kemudiannya menjadi viral di laman sosial.

Sumber: Berita Harian



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.