Header Ads

Ya Allah! Rupanya Arwah Dah Tahu Nak Pergi Sebelum Menerbangkan Pesawat Hawk 108




Ramadan semakin hampir ke penghujungnya, dan seperti umat Islam lain, dan juga warga TUDM, Caser dan Fixer melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Kedua-dua juruterbang ini mempunyai pengalaman berkhidmat dalam TUDM untuk hampir 20 tahun.

Sentiasa di angkasa raya, seperti cogan kata TUDM, mereka berdua menerbangkan pesawat Hawk 108.

Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Pada waktu menghampiri tengah hari 15 Jun 2017, pesawat latihan Hawk 108 M45-02 telah terputus hubungan dengan menara kawalan.

Gerakan mencari dan menyelamat telah dimulakan yang melibatkan hampir kesemua agensi yang sedia ada.

Tatkala rakyat Malaysia berdoa akan keselamatan mereka, Allah swt lebih menyayangi mereka.

Caser dan Fixer disahkan terkorban dalam insiden ini. Sedar atau tidak, mereka berdua merupakan veteran Ops Daulat yang bertanggungjawab mengempur kedudukan musuh di Sabah.

Tiada apa yang lagi menyayat hati apabila kedua-dua wira negara ini, mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Aidilfitri kali ini sudah pasti berbeza Buat balu dan juga anak-anak. Inilah pengorbanan seorang anggota tentera dan keluarganya kepada kita semua.

Sama2 kita sedekahkan Al Fatihah kepada wira wira ini.





loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.