Header Ads

16 Tanda-Tanda Kanser Yang Tidak Patut Diambil Mudah..




Doktor menyarankan supaya memberi lebih perhatian kepada simptom-simptom yang berkemungkinan menjadi tanda-tanda kanser yang susah untuk dikenalpasti. Walaupun apa yang disenaraikan ini tidak semestinya tanda-tanda kanser, anda tidak seharusnya mengenepikannya.

Terdapat lebih daripada 200 jenis kanser seperti kanser paru-paru, payudara, buah pinggang, kanser ovari, kanser testis, kanser pundi kencing dan leukemia. Untuk kebanyakkan kes seperti ini, kadar hidupnya sangat rendah terutamanya kanser paru-paru. Antara puncanya ialah kanser tersebut lambat dikesan dan sudah di tahap kritikal dan tidak mampu untuk dirawat.

Berikut adalah antara tanda-tanda biasa dan simptom-simptom kanser. Jikalau terdapat tanda-tanda berikut, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar.

1.Hilang berat yang tak dapat dijelaskan

Lebih 80% penghidap kanser kehilangan berat badan yang tak dapat dijelaskan misalnya kehilangan 10% dari berat badan asal dalam tempoh 6 bulan bukan disebabkan diet atau bersenam.

2.Keletihan dan lemah

Walaupun anda sudah mendapatkan rehat dan tidur yang cukup, sekiranya simptom ini dilihat tidak berkurang, anda perlu segera berjumpa doktor.

3.Demam yang kerap

Demam adalah tanda badan kita sedang melawan bakteria dan jangkitan tetapi demam yang berpanjangan berkemungkinan petanda leukemia.

4.Semput atau bernafas dengan kuat

Semput merupakan simptom bagi banyak penyakit termasuklah kanser paru-paru dan keadaan di mana seseorang itu bernafas dengan kuat mngkin boleh disebabkan oleh ketumbuhan pada paru-paru yang mengecilkan laluan pengudaraan.

5.Batuk yang kronik dan sakit dada

Kanser paru-paru dan leukemia mempunyai sedikit persamaan dengan bronkitis dan diikuti juga dengan sakit dada ketika mendepa tangan atau membengkokkan tangan ke atas bahu.

Suara serak pula merupakan tanda kepada kanser tiroid, paru-paru, esophagus atau peti suara.

6.Kembung

Kembung yang kerap dan berpanjangan disyaki tanda kanser ovari dan ditambah dengan pembengkakan di bahagian abdomen, sakit di bahagian pinggul dan rasa kenyang.

Manakala, kembung selepas makan adalah tanda bagi kanser perut.

7.Pedih ulu hati yang kronik

Menurut jurnal dari Klinikal Gastroenterologi dan Hepatologi menerangkan bahawa pedih ulu hati disebabkan oleh keradangan tisu pada lapisan kerongkong yang berkemungkinan membawa kepada kanser kerongkong.

8.Masalah usus

Perubahan pada aktiviti usus yang melebihi empat minggu tanpa alasan boleh menjadi tanda awal kanser usus.

9.Kesukaran ketika menelan

Perasaan seolah-olah ada sesuatu yang terlekat di kerongkong, susah dan terasa pedih ketika menelan mungkin petanda awal kanser kerongkong.

10.Kuning

Apabila mata putih dan kulit anda kelihatan kekuningan, ia mungkin merupakan simptom bagi kanser hempedu atau hati. Malah, ia juga mungkin tanda kanser pankreas yang mengganggu fungsi hati dan salur hempedu.

11.Pembengkakan atau ketulan yang pelik

Jikalau anda mendapati ada ketulan pelik pada pangkal peha, testikel, payudara, bawah lengan, abdomen, leher atau mana-mana bahagian badan anda lebih dari 3 minggu, ia mungkin tanda awal bagi kanser seperti kanser payudara.

12.Kemunculan tahi lalat baru atau bintik-bintik pada kulit

Perubahan pada kulit mungkin tidak mempunyai rasa sakit tetapi jika simptom ini kelihatan, anda dinasihatkan untuk ke pemeriksaan kanser.

13.Perubahan kuku

Bintik hitam atau coklat di bawah kuku jari mungkin anda kanser kulit manakala, warna kuku yang putih atau pucat pula merupakan tanda pada kanser hati.

14.Sakit pada bahagian pinggul atau abdomen

Rasa sakit pada bahagian abdomen atau pinggul dan terasa lenguh di bahagian pinggul serta perubahan aktiviti usus adalah petanda kanser ovari.

Bagi wanita yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser ovari, wanita yang tak pernah mengandung dan wanita yang dikenalpasti menghidap kanser kolon, payudara atau uterus, mereka mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidap kanser ovari.

15.Rasa sakit yang lebih dari 4 minggu

Jikalau anda sering berasa sakit atau sakit lebih dari 4 minggu tanpa sebarang alasan yang dapat dijelaskan, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor kerana ia mungkin indikator kepada kanser testis atau tulang.

16.Pendarahan luar biasa

Kencing berdarah mungkin merupakan tanda kepada jangkitan pada saliran kencing, kanser buah pinggang atau pundi kencing. Manakala, jikalau anda mengesan darah semasa anda membuang air besar, berkemungkinan adalah tanda kanser usus atau buasir.

Walaupun jarang berlaku, pendarahan pada vagina berkemungkinan petanda bagi kanser vagina.

Lebam dan pendarahan yang banyak adalah petanda leukemia. Batuk dan muntah darah mungkin disebabkan oleh kanser paru-paru dan kerongkong atau kanser perut.

Pendarahan luar biasa tidak semestinya petanda kanser tetapi ia mungkin petanda bagi penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan terperinci untuk penjelasan lebih lanjut.

Nasihat kami, lakukanlah pemeriksaan kesihatan secara berkala, perhatikan simptom yang disenaraikan dan lakukan pemeriksaan kanser yang dicadangkan

Sumber: ERA BARU


loading...
Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.